Taman Negara Lorentz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman Negara Lorentz
IUCN Kategori II (Taman negara)
Lorentz National Park map-en.svg
Peta taman negara
Taman Negara Lorentz yang terletak di Indonesia
Lokasi Taman Negara Lorentz di Indonesia
Lokasi Indonesia Provinsi Papua, Indonesia
Bandar raya terdekat Wamena
Koordinat 4°45′0″S 137°50′0″T / 4.75°S 137.833333°T / -4.75; 137.833333Koordinat: 4°45′0″S 137°50′0″T / 4.75°S 137.833333°T / -4.75; 137.833333
Luas 25,056 km²
Ditubuhkan 1997
Badan pentadbir Kementerian Perhutanan
Tapak Warisan Dunia 1999
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Negara Lorentz (Jawi: تامن نݢارا لورنتز) merupakan sebuah taman negara yang terletak di provinsi Papua, Indonesia (di barat pulau New Guinea). Dengan keluasan 25,056 kilometer persegi (9,674 batu²), ia adalah taman negara terbesar di rantau Asia Tenggara. Pada tahun 1999, Taman Negara Lorentz diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sebagai satu contoh biokepelbagaian di New Guinea, Lorentz adalah salah satu taman negara dengan ekologi yang paling pelbagai di dunia. Ia juga adalah satu-satunya kawasan rizab alam sekitar di rantau Asia Pasifik yang mengandungi tatasusunan altitud yang penuh dengan ekosistem iaitu kawasan laut, hutan bakau, hutan paya air tawar dan pasang surut, hutan hujan gunung dan tanah rendah, tundra alp, dan glasier khatulistiwa. Pada ketinggian 4,884 meter (16,024 ka), Gunung Puncak Jaya (dahulunya Piramid Carstensz) merupakan gunung tertinggi di dalam taman negara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]