Taman Teruntum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


'Pantai Taman Teruntum atau nama lainnnya Pantai Teluk Sisek merupakan sebuah persisiran pantai di daerah Kuantan. Lokasi tarikan pelancong yang lain iaitu Pantai Teluk Cempedak juga berada berdekatannya. Selain daripada pantai berwarna putih dan landai, di sini juga mempunyai satu tempat rekreasi iaitu, Zoo Mini Taman Teruntum.

Zoo Mini Taman Teruntum[sunting | sunting sumber]

Mini Zoo Taman Teruntum merupakan sebuah zoo baharu di daerah Kuantan. Di sana, terdapat pelbagai flora dan fauna yang indah serta robot dinasour. Ia amat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat percutian di hujung minggu bersama ahli keluarga. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Pantai Taman Teruntum yang hanya berjarak 100m sahaja dari situ.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]