Tan Yee Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Tan.

Tan Yee Khan (lahir 1940) merupakan pemain badminton Malaysia yang pernah memenangi Kejohanan Seluruh England secara berturut-turut pada 1965 dan 1966 dan beliau dimasukkan ke dalam Hall of Fame oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa, bersama pemain-pemain badminton yang unggul yang lain. Beliau dikenali dengan kepantasan, kuasa dan kekuatannya semasa beraksi.

Pada 1958, Tan menjadi murid sekolah yang pertama yang dipilih ke dalam skuad Piala Thomas. Selama tiga bulan, beliau berlatih di Pulau Pinang di bawah pengamatan Eddy Choong (sekarang Datuk) yang merupakan bekas johan Seluruh England. Oleh sebab itu, beliau tidak dapat menghadiri peperiksaan Senior Cambridge.

Pada 1965, Tan bersama-sama dengan Ng Boon Bee memenangi anugerah All England dan mengulangi pencapaian ini pada tahun yang berikut. Saat yang membanggakan adalah semasa pasukannya yang mewakili Malaysia menewaskan Indonesia dalam pertandingan akhir pada tahun 1967.

Disebabkan pencapaian mereka, Tan dan Ng telah dianugerahkan status Hall of Fame dalam arena badminton, bersama-sama dengan Rudy Hartono dari Indonesia, Park Joo Bong dari Korea Selatan serta Morten Frost dari Denmark. Pemain-pemain Malaysia lain termasuklah Wong Peng Soon, Datuk Eddy Choong, David Choong dan Ong Poh Lim.

Selepas persaraannya pada tahun 1970, Tan mengambil hanya lapan bulan untuk mencapai anugerah "Malaysian Open Amateur Golf". Pada tahun 1971, beliau menjadi double international dan dipilih untuk pasukan Piala Putra. Tan menyertai pertandingan Piala Putra buat tujuh sekali sebelum menjadi profesional pada tahun 1978.

Kini, Tan menguruskan sebuah resort pulau di barat Semenanjung Malaysia, di pulau Pangkor iaitu Sea View Hotel & Holiday Resort[1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]