Tanah Lot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pura Tanah Lot
Ketika matahari terbenam

Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau Bali, Indonesia. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong.

Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan.

Tanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali.

Kuil Tanah Lot adalah satu daripada tujuh kuil laut sekitar pantai Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat dan penceroboh. Kononnya terdapat seekor ular sangat besar yang melindungi kuil, yang dicipta dari cindai Nirartha semasa dia sampai di pulau itu.

Pada 1980, kerajaan Jepun memberi pinjaman mudah kepada kerajaan Indonesia sebanyak Rp. 800 bilion bagi memelihara kuil bersejarah dan lokasi-lokasi pantai lain sekitar pulau Bali.

Bagi kemudahan pelancong, pelagai kedai dan gerai kraftangan telah disediakan. Pejalan kaki dibina bagi memudahkan para pelancong menikmati dan menyaksikan keindahan mentari merah terbenam di ufuk timur.