Tanda CE
Tanda CE (singkatan dari bahasa Perancis : Conformité Européenne, bermaksud "Pematuhan Eropah") adalah satu tanda pematuhan mandatori bagi produk yang diletakkan di dalam pasaran Kawasan Ekonomi Eropah. Dengan adanya penandaan CE ini pada satu-satu produk, pihak pengilang memastikan bahawa produk mematuhi dengan keperluan penting arahan EC yang berkenaan.
Pada asalnya, perkataan "CE" bermaksud "Komuniti Eropah". Dalam undang-undang Jerman terdahulu, penandaan CE dipanggil "EG-Zeichen" bermaksud "tanda Komuniti Eropah". Berdasarkan kepada Suruhanjaya Eropah, logo CE telah menjadi satu simbol untuk kebolehpasaran bebas untuk barangan industri di dalam Kawasan Ekonomi Eropah tanpa mempunyai maksud yang literal, yang bertentangan dengan apa yang dijelaskan kini.