Tari (wang)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tari Norman Roger II of Sicily, dengan inskripsi bahasa Arab, ditempa di Palermo.Muzium British.
Tari Siciliy pra-Norman dengan nama Khalifah al-Mustansir. Muzium British.
Tari Sicily pra-Norman denagn nama Khalifah al-Hakim, 1005. Muzium British.

Syiling Tari ( طري secara literal "lembut/baharu", atau duit yang baru ditempa)[1], ialah gelaran Kristian buat sejenis syiling emas asalan Islam yang ditempa di Sicily, Malta dan Itali Selatan dari lebih kurang 913 hingga 1859 CE.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Di dalam dunia Islam, syiling jenis ini digelar ruba'i, ataupun suku-dinar, kerana beratnya 1.05g emas.[2] Ruba'i ditempa oleh Muslim di Sicily, berlainan dengan pemerintah Muslim di Afrika Utara yang lebih cenderong kepada dinar (yang lebih besar).[3] Tari menjadi popular kerana lebih kecil, justeru lebih mudah diguna daripada dinar 4.25g yang lebih besar.[4]

Tari tersebar dengan amat meluas sehinggakan pada pertengahan abad ke-10, tiruan yang hanya menggunakan "pseudo-Kufi" yang tidak boleh dibaca, ditempa di selatan Itali (Amalfi dan Salerno).[5][6][7] Apabila Norman menyerang Sicily pada abad ke-12, mereka mengeluarkan tari yang mempunyai petunjuk dalam bahasa Arab dan Latin.[8] Roger II of Sicily mengeluarkan syiling sebegini, sekaligus menjadi satu-satunya pemerintah Barat masa itu yang menempa syiling emas. Nilai mereka ialah 1613 karat, dengan sedikit adjunksi (tambahan) dengan perak dan tembaga.[9] Tari juga dikeluarkan oleh Hohenstaufen dan Angevins awal.[10]

Secara amnya syiling tari ditempa dengan emas Afrika yang diperoleh dari Misrata atau Tunis di Afrika Utara dengan menukarkannya dengan bijian.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Cardini, p.26
  2. Cardini, p.26
  3. Matthew, p.240
  4. Grierson, p.3
  5. Cardini, p.26
  6. Grierson, p.3
  7. Matthew, p.240
  8. British Museum, Islamic Art room
  9. Matthew, p.240
  10. Blanchard, p.196
  11. Blanchard, p.196

Rujukan[sunting | sunting sumber]