Tarian naga
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Tarian Naga | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Tradisional: | 舞龍 | ||||||
| Tulisan Ringkas: | 舞龙 | ||||||
|
|||||||
Tarian naga (Cina Tradisional: 舞龍, Cina Ringkas: 舞龙, pinyin: wǔ lóng) ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" (Cina Tradisional: 龍的傳人, Cina Ringkas: 龙的传人, pinyin: lóng de chuán rén) sebagai lambang identiti etnik.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.
Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.
Naga dipercayai membawa tuah kepada orang, seperti yang dicerminkan dalam sifat-sifat naga termasuk kuasa besar, maruah, kesuburan, kebijaksanaan dan tuah. Kemunculan naga sungguhpun menakutkan namun membawa kecenderungan hati murni, maka menjadi jata yang melambangkan kekuasaan maharaja.