Bangsa Han

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Bangsa Han
汉族
漢族
Hanchinesebar4.jpg
Soong Ching-ling · Sun Yat-sen · Chiang Kai-shek · Qin Shi Huang
Jumlah penduduk
1.3 bilion
(anggaran termasuk Cina perantauan)
Kawasan ramai penduduk
            Penduduk majoriti
            Republik Rakyat China Republik Rakyat China
            - Bendera Hong Kong Hong Kong
            - Bendera Makau Makau
            Bendera Republik China Republik China (Taiwan)
            Bendera Singapura Singapura
            Bendera Pulau Krismas Pulau Krismas
            Penduduk minoriti
            Asia Timur
                 Bendera Jepun Jepun
                 Bendera Korea Selatan Korea Selatan
            Asia Tenggara
                 Bendera Thailand Thailand
                 Bendera Filipina Filipina
                 Bendera Vietnam Vietnam
                 Bendera Myanmar Myanmar
                 Bendera Indonesia Indonesia
                 Bendera Malaysia Malaysia
            Amerika
                 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
                 Bendera Kanada Kanada
                 Amerika Latin
            Eropah
                 Flag of Europe Kesatuan Eropah
                 Bendera Rusia Rusia
            Oceania
                 Bendera Australia Australia
                 Bendera New Zealand New Zealand
            Asia Selatan
                 Bendera India India
                 Bendera Pakistan Pakistan
Bahasa

Bahasa Cina

Agama

Terutamanya Taoisme, Buddha Mahayana, Konfusianisme, Agama rakyat Cina dan tidak beragama.

Kelompok etnik berkaitan

Zhonghua minzu

Bangsa Han (Cina Ringkas: 汉族/汉人; Cina Tradisional: 漢族/漢人; pinyin: hànzú atau hànrén) ialah kelompok etnik yang berasal dari China. Sebagai kelompok etnik yang merupakan kaum Cina yang terbesar, ia juga merupakan kelompok etnik yang terbesar di dunia, dengan bilangan melebihi 1.3 bilion orang. Bangsa Han merupakan lebih kurang 92% daripada jumlah penduduk tanah besar China dan sekitar 19% daripada jumlah penduduk dunia. Terdapat perbezaan genetik, linguistik, kebudayaan, dan sosial yang amat besar antara berbagai-bagai subkumpulannya, khususnya disebabkan oleh beribu-ribu tahun asimilasi pelbagai kelompok etnik serta puak-puak di China. Bangsa Han secara tradisi dilambangkan dengan warna merah.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Peta kelompok etnolinguistik di China (Kawasan-kawasan bangsa Han berwarna hijau).

Nama Han berasal daripada nama Dinasti Han yang mewarisi Dinasti Qin. Dinasti Qin menyatukan China tetapi tidak kekal lama. Adalah semasa Dinasti Qin dan Dinasti Han bahawa berbagai-bagai puak di China mula berasa bahawa mereka tergolong dalam kelompok etnik yang sama, berbanding dengan kelompok-kelompok etnik yang lain di sekeliling mereka. Tambahan pula, Dinasti Han yang dapat memperluas kuasa dan pengaruhnya ke Asia Tengah dan Asia Timur Laut dianggap sebagai kemuncak tamadun Cina.

Dalam bahasa Inggeris, Bangsa Han juga dirujuk secara mudah sebagai "bangsa Cina". [1] Istilah "bangsa Cina" pada dirinya tidak merujuk khusus kepada bangsa Han dan boleh merujuk kepada orang-orang yang berwarganegara China.

Antara sesetengah orang Han Selatan, istilah Tángrén ( 唐人; secara harfiah bermaksud "bangsa Tang") dipergunakan oleh sebilangan loghat seperti bahasa Kantonis, Hakka, dan Hokkien. Istilah ini berasal daripada lagi sebuah dinasti Cina, iaitu Dinasti Tang, yang dianggap sebagai lagi satu kemuncak tamadun Cina. Istilah Tángrén telah dipergunakan untuk salah satu nama Pekan Cina, iaitu Tángrénjiē yang secara harfiah bermaksud "Jalan Bangsa Tang".

Lagi sepatah istilah yang biasa digunakan oleh orang-orang Cina perantauan ialah istilah Huaren yang berasal daripada perkataan Zhonghua, nama harfiah untuk China. Terjemahan yang biasa ialah "etnik Cina" yang merujuk kepada "orang-orang Cina" sebagai sebuah gabungan kebudayaan dan etnik, dan yang merangkumi semua orang Cina, baik di negeri China mahupun di luar negeri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah China

Prasejarah dan kaum Huaxia[sunting | sunting sumber]

Sejarah bangsa Han amat terikat dengan sejarah China. Bangsa Han dapat menyusur-galur keturunannya kepada kaum Huaxia yang tinggal di sepanjang Sungai Kuning di China utara. Catatan Ahli Sejarah Agung yang ditulis oleh Sima Qian, ahli sejarah Cina yang termasyhur, menetapkan tarikh pemerintahan Maharaja Kuning, leluhur legenda bangsa Han, sebagai antara tahun 2698 SM hingga 2599 SM. Walaupun kajian-kajian terhadap zaman ini dirumitkan oleh kekurangan rekod sejarah, penemuan tapak-tapak arkeologi telah menentukan sebuah urutan kebudayaan Neolitik di sepanjang Sungai Kuning seperti yang berikut:

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Dinasti pertama yang dihuraikan dalam rekod-rekod sejarah Cina ialah Dinasti Xia, zaman legenda yang tidak mempunyai banyak bukti arkeologi. Dinasti ini digulingkan oleh orang-orang dari timur yang kemudian mengasaskan Dinasti Shang (16001046 SM). Sebilangan contoh tulisan Cina yang terawal wujud sejak dari zaman ini, dan merupakan askara-askara yang ditulis untuk peramalan tulang. Dinasti Shang akhirnya digulingkan oleh orang-orang Zhou yang muncul sebagai sebuah negeri di sepanjang Sungai Kuning pada sekitar milenium ke-2 SM.

Dinasti Zhou merupakan pewaris Dinasti Shang. Mereka yang berkongsi bahasa dan kebudayaan yang sama dengan orang-orang Shang memperluas kawasan mereka sehingga merangkumi kebanyakan kawasan di utara Sungai Yangtze. Melalui penaklukan dan penjajahan, kebanyakan kawasan ini mengalami proses pencinaan, dan kebudayaan proto-Han berkembang ke selatan.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kebudayaan Cina

Kebudayaan Cina yang merupakan salah sebahagian tamadun dunia yang tertua dan yang paling rumit telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Orang-orang Han mempercayai bahawa mereka berketurunan daripada leluhur-leluhur yang sama dengan Maharaja Kuning dan Maharaja Yan beberapa ribu tahun dahulu. Oleh itu, sesetengah orang Han merujuk kepada diri mereka sebagai "keturunan Maharaja Yan dan/atau Maharaja Kuning ". Dalam iklim politik yang memecahbelahkan, seperti antara tanah besar China dengan Taiwan, frasa ini telah menjadi sebut-sebutan dalam dunia politik.

Pada sepanjang sejarah China, kebudayaan Cina telah amat dipengaruhi oleh Konfusianisme. Dihargai untuk membentuk pemikiran Cina, Konfusianisme merupakan falsafah rasmi pada kebanyakan sejarah Empayar China, dengan penguasaan teks Konfusianisme merupakan kriteria utama untuk pemasukan ke dalam birokrasi empayar.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bahasa Cina

Orang-orang Han bertutur dalam berbagai-bagai bentuk bahasa Cina. Salah satu nama kumpulan bahasanya ialah Hanyu yang secara harfiah membawa pengertian "bahasa Han". Serupa juga, aksara Cina yang digunakan untuk menulis bahasa Cina dipanggil Hanzi atau "aksara Han."

Nama[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Nama Cina

Nama-nama Cina biasanya terdiri daripada dua atau tiga suku kata, dengan nama keluarga diikuti oleh nama yang diberikan kepadanya. Nama keluarga biasanya mempunyai satu suku kata (walaupun terdapat juga sebilangan nama keluarga yang amat kecil yang mempunyai dua atau lebih suku kata), manakala nama-nama yang diberikan adalah satu atau dua suku kata panjangnya.

Terdapat 4,000 hingga 6,000 nama keluarga di China, tetapi hanya sekitar 1,000 nama keluarga digunakan secara umum. Menurut sebuah kajian yang dibuat oleh Li Dongming, ahli sejarah Cina, sebagaimana yang diterbitkan sebagai makalah "Nama Keluarga" di dalam Majalah Dongfong (1977), nama-nama keluarga Han yang biasa adalah seperti yang berikut:

  • Nama keluarga ke-11 hingga ke-20 yang bersama-sama merangkumi melebihi 10% daripada orang-orang Cina di seluruh dunia:
  • Nama keluarga ke-21 hingga ke-30 yang bersama-sama merangkumi sekitar 10% daripada orang-orang Cina di seluruh dunia:


Hanfu.

Pakaian[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pakaian bangsa Han

Pada hari ini, orang-orang Han biasanya memakai pakaian-pakaian gaya Barat. Tidak banyak orang memakai pakaian bangsa Han secara tetap. Bagaimanapun, pakaian bangsa Han masih dikekalkan untuk upacara agama dan istiadat. Umpamanya, sami-sami Taoisme memakai pakaian yang biasa dipakai oleh para cendekiawan pada zaman Dinasti Han. Pakaian istiadat seperti yang dipakai oleh sami-sami Shinto pada umumnya berdasarkan pakaian istiadat di China pada masa dinasti Tang.

Pakaian Cina tradisional yang dipakai oleh banyak wanita Cina semasa menghadiri upacara-upacara penting seperti jamuan perkahwinan dan Hari Raya Tahun Baru Cina dipanggil qipao. Yang ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi merupakan ubah suaian pakaian Manchu, kelompok etnik yang memerintah China antara abad ke-17 (1644) sehingga awal abad ke-20. Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu. Baju tradiosional Jepun dan Korea juga adalah ubah suaian pakaian Hanfu.

Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kesusasteraan Cina

Bangsa Han mempunyai sejarah kesusasteraan klasik yang kaya yang wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Antara karya-karya yang penting termasuk teks klasik seperti Koleksi Ujaran Confucius, I Ching, dan Seni Perang. Sebilangan pemuisi Han yang terpenting dalam zaman pra-moden termasuk Li Bai, Du Fu, dan Su Dongpo. Novel-novel yang paling penting dalam kesusasteraan Cina ialah Empat Novel Klasik Agung, iaitu Mimpi Kamar Merah, Pinggir Air, Kisah Tiga Kemaharajaan, serta Perjalanan ke Barat.

Sumbangan kepada kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Bangsa Han telah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan bidang seni, sains, falsafah, dan matematik pada sepanjang sejarah. Pencapaian-pencapaian saintifik di China pada zaman purba termasuk pengesan seismologi, mancis, kertas, dok kering, angkup gelongsor, pam omboh tindakan ganda, besi tuangan, bajak besi, gerudi biji berbilang tiub, kereta sorong, jambatan gantung, payung terjun, gas asli sebagai bahan api, kompas magnet, peta relief, kipas (propeller), busur silang, serbuk letupan, dan pencetakan. Pencetakan, kertas, kompas, dan serbuk letupan telah disanjung dalam kebudayaan Cina sebagai Empat Rekaan Agung China kuno. Selain itu, ahli-ahli astronomi Cina merupakan antara tokoh-tokoh pertama yang mencatat pencerapan-pencerapan supernova.

Seni Cina, masakan Cina, falsafah Cina, dan kesusasteraan Cina kesemuanya mempunyai beribu-ribu tahun perkembangan, manakala banyak tapak Cina, seperti Tembok Besar China dan Angkatan Tentera Terracotta merupakan tapak-tapak Warisan Dunia. Sejak permulaan program tersebut pada tahun 2001, aspek-aspek kebudayaan Cina telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Mahakarya Warisan Lisan dan Tak Ketara Kemanusiaan.

Pada kebanyakan sejarahnya, dinasti-dinasti Cina yang berturut-turut telah mempengaruhi jiran-jirannya dalam bidang seni, muzik, agama, makanan, pakaian, falsafah, bahasa, sistem kerajaan, dan kebudayaan. Pada zaman moden, bangsa Han merupakan kelompok etnik yang terbesar di China, manakala penempatan orang-orang Cina perantauan yang berjumlah pada tahap berpuluh-puluh juta telah memberikan sumbangan kepada negara-negara yang ditetap mereka di seluruh dunia.

Pada zaman moden, orang-orang Han terus memberikan sumbangan kepada bidang matematik dan sains. Antara mereka ialah:

Tsien Hsue-shen merupakan seorang ahli sains yang terkenal di Makmal Perejanan Jet NASA, manakala Chien-Shiung Wu memberikan sumbangan kepada Projek Manhattan.

Bahasa sebagai faktor perpaduan[sunting | sunting sumber]

Walaupun terdapat banyak loghat bahasa tuturan Cina, salah satu faktor dalam perpaduan bangsa Han ialah bahasa tulisan Cina. Perpaduan ini diberikan penghargaan kepada dinasti Qin yang menyatukan berbagai-bagai bentuk tulisan yang wujud di China pada masa itu. Selama beribu-ribu tahun, bahasa Cina kesusasteraan telah dipergunakan sebagai format penulisan piawai yang menggunakan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang amat berbeza dengan pelbagai bentuk bahasa tuturan Cina.

Sejak dari abad ke-20, tulisan Cina biasanya merupakan tulisan bahasa vernakular Cina yang berdasarkan sebahagian besarnya pada loghat bahasa Mandarin, dan bukannya loghat tempatan penulis (kecuali penggunaan tak rasmi bahasa tulisan Kantonis). Oleh itu, walaupun penduduk-penduduk dari kawasan-kawasan yang berbeza tidak semestinya memahami pertuturan antara satu sama lain, mereka memahami tulisan masing-masing.

"Han" sebagai konsep longgar[sunting | sunting sumber]

Takrif tentang identiti Han telah berubah-ubah pada sepanjang sejarah. Sebelum abad ke-10, sebilangan kelompok etnik bertuturan bahasa Cina seperti Hakka dan Tanka tidak dianggap secara sejagat sebagai bangsa Han, manakala sebilangan kelompok etnik yang tidak bertuturan bahasa Cina, seperti Zhuang, dianggap sedemikian. [2] Pada hari ini, kaum Cina Hui dianggap sebagai sebuah kelompok etnik yang tersendiri walaupun selain daripada pengamalan Islam mereka, tidak terdapat banyak perbezaan antara mereka dengan orang Han; dua orang Han daripada kawasan yang berbeza mungkin lebih berbeza dari segi bahasa, adat resam, dan budaya, berbanding dengan seorang Han dan seorang Hui yang berjiran.

Semasa Dinasti Qing, orang-orang Han yang menyertai sistem tentera Lapan Panji-panji dianggap sebagai orang Manchu, manakala nasionalis Cina yang mencuba menggulingkan pemerintahan beraja menekankan identiti bangsa Han untuk membezakan mereka daripada identiti raja-raja Manchu. Republik Cina pada pengasasannya mengakui lima kelompok etnik utama: kaum-kaum Han, Hui, Mongol, Manchu, dan Tibet, manakala Republik Rakyat China kini mengiktirafkan 58 buah kelompok etnik.

Kepelbagaian bangsa Han[sunting | sunting sumber]

Selain daripada kepelbagaian bahasa tuturan, terdapat juga perbezaan kebudayaan dari tempat ke tempat di kalangan kaum Han. Umpamanya, masakan Cina berbeza-beza dari makanan berempah Sichuan yang termasyhur ke Dim Sim dan makanan laut Guangdong. Bagaimanapun, perpaduan etnik masih wujud antara kedua-dua kelompok ini kerana mereka mengamalkan kebudayaan, tingkah laku, bahasa, dan agama yang sama.

Menurut kajian-kajian saintifik yang baru-baru ini, [3] terdapat sedikit perbezaan genetik di seluruh China. Disebabkan oleh banyak gelombang penghijrahan dari China Utara ke China Selatan dalam sejarah China, adanya banyak persamaan genetik dalam kromosom Y antara lelaki-lelaki Cina Selatan dan Utara. Bagaimanapun, kepelbagaian DNA mitokondria bangsa Han bertambah ketika kita beralih dari China Utara ke China Selatan. Ini membayangkan bahawa banyak penghijrah lelaki dari China Utara berkahwin dengan wanita-wanita tempatan, seperti kaum Yue, selepas tiba di Guangdong, Fujian, dan kawasan-kawasan lain di China Selatan. Dengan penerusan proses pencampuran ini dengan lebih banyak orang Han berhijrah ke selatan, orang-orang di China Selatan dipercinakan dan mengakui diri sebagai orang Han.

Dokumen-dokumen sejarah menunjukkan bahawa bangsa Han berketurunan daripada puak-puak Huaxia kuno yang tinggal di China utara. Pada sepanjang dua milenium yang lalu, kebudayaan Han (iaitu bahasa dan kebudayaannya yang berkait) tersebar masuk ke China selatan, kawasan yang pada asalnya dihuni oleh orang-orang asli selatan, umpamanya mereka yang menuturkan bahasa-bahasa Dai, Austro-Asia dan Hmong-Mien. Ketika kebudayaan Huaxia tersebar dari kawasan tengahnya di lembangan Sungai Kuning, ia menyerap banyak kelompok etnik yang berbeza. Kelompok-kelompok etnik itu kemudian mengakui diri sebagai bangsa Han apabila mereka mengamalkan bahasa (atau kelainan-kelainannya) dan adat resamnya.

Umpamanya, semasa Dinasti Shang, penduduk-penduduk di kawasan Wu di Delta Sungai Yangtze dianggap sebagai puak "gasar". Mereka yang menuturkan bahasa yang berbeza hampir pasti bukannya orang Cina, dan diperihalkan sebagai berpakaian terlalu sedikit serta bertatu. Bagaimanapun, menjelang Dinasti Tang, kawasan ini telah menjadi sebahagian kawasan tengah bangsa Han. Pada hari ini, kawasan ini yang merangkumi Shanghai, bandar raya China yang terbesar, merupakan kawasan yang paling padat penduduknya dan mempunyai ekonomi yang terbaik di China. Penduduk-penduduk di kawasan Wu pada hari ini menuturkan loghat-loghat Wu yang walaupun merupakan sebahagian keluarga bahasa Cina, tidak saling dapat difahami oleh bahasa-bahasa dan loghat-loghat Cina yang lain. Walaupun demikian, mereka tidak melihat diri sebagai suatu kelompok etnik yang berasingan. Kawasan Wu merupakan salah satu contoh yang terlibat dalam penyerapan banyak kelompok kebudayaan yang berbeza dalam penyumbangan kepada kepelbagaian kebudayaan dan bahasa bagi seluruh bangsa Han.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Takrif "Han" dalam Kamus Bahasa Inggeris American Heritage®: Edisi Keempat. 2000.
  2. Kaup, Katherine Palmer, Creating the Zhuang: Ethnic Politics in China, Penerbit Lynne Rienner, 1 Januari 2000, ISBN 1-55587-886-5
  3. Table from "Genetic evidence supports demic diffusion of Han culture". Nature (jurnal, terbitan 16 September 2004)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]