Taufan Ului
| Siklon Tropika kategori 5 (SSHS) | |||
|---|---|---|---|
|
Imej satelit Taufan Ului pada awal 15 Mac |
|||
| Terbentuk | 9 Mac 2010 | ||
| Reda | 21 Mac 2010 | ||
| Kelajuan maksimum angin |
|
||
| Tekanan terendah | 925 hPa (mbar) | ||
| Kematian | 1 langsung | ||
| Kerosakan | Tidak diketahui | ||
| Kawasan terjejas |
Vanuatu, Kepulauan Solomon dan pantai Queensland | ||
| Sebahagian daripada Musim siklon Pasifik Selatan dan rantau Australia 2009–10 |
|||
Taufan Ului mula dikenalpasti Perkhidmatan Meteorologi Fiji (FMS) pada 9 Mac 2010 kira-kira 130 km di utara Pulau Hiw, Vanuatu.
Taufan Ului bergerak barat laut dan membadai timur laut Australia terutama di sepanjang 200 km pantai Queensland bermula pada 19 Mac 2010. Pulau Whitsunday yang menjadi destinasi menarik para pelancong menerima musibah besar. Pelancong biasanya tiba melalui Lapangan Terbang Whitsunday Coast. Pulau Whitsunday terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik, berhampiran Garisan Tarikh Antarabangsa. Ia berhampiran Terumbu Sawar Besar.
Pulau Hiw di Vanuatu dan Kepulauan Solomon juga terkena taufan Ului. Jarak kepulauan antara pulau Vanuatu dengan kepulauan Solomon kira-kira 600 km.
Kesan [sunting]
Neil Roberts selaku Menteri Perkhidmatan Kecemasan tempatan menyatakan 60,000 harta benda putus bekalan elektrik. Beliau memberitahu Australian Broadcasting Corporation bahawa sejumlah rumah rosak, seperti tanah runtuh di pantai Airlie.[1]
Rujukan [sunting]
- ↑ Cyclone Ului hits Australian resort coast NST Online