Terumbu Sawar Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Great Barrier Reef*
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Terumbu Sawar Besar yang berada di luar persisiran negeri Queensland
Maklumat am
Jenis Alam semulajadi
Kriteria vii, viii, ix, x
Rujukan 154
Kawasan** Asia Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi 1981 (Sesi Ke-5)

* Nama seperti tertulis dalam Senarai Warisan Dunia
** Kawasan seperti yang dikelaskan oleh UNESCO

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Terumbu Sawar Besar (Bahasa Inggeris: Great Barrier Reef) ialah sistem terumbu karang terbesar di dunia[1] yang mengandungi lebih 2,900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang terbentang sepanjang 2,600 km dengan luas permukaan sekitar 344,400 km².[2] Terumbu ini terletak di Laut Karang di persisir Queensland, timur laut Australia.

Terumbu ini boleh dilihat dari angkasa lepas[3] dan merupakan struktur terbesar di dunia yang diperbuat daripada organisma hidupan. Strukturnya terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil, yang dikenali sebagai polip karang.[4] Terumbu Sawar Besar ini menjadi habitat pelbagai hidupan dan telah dipilih menjadi Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981.[1] CNN telah melabelkannya sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban semula jadi dunia.[5] Queensland National Trust telah menamakannya sebagai ikon negeri Queensland.[6]

Sebahagian besar terumbu ini dilindungi oleh Taman Laut Terumbu Sawar Besar, yang membantu mengurangkan impak akibat kegunaan manusia seperti penangkapan ikan berlebihan dan pelancongan. Tekanan lain ke atas terumbu ini dan ekosistemnya termasuklah kualiti aliran air masuk, perubahan iklim yang diikuti dengan pemutihan karang secara besar-besaran dan kemunculan berkala tapak sulaiman berduri.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Protected Areas and World Heritage - Great Barrier Reef World Heritage Area". Pusat Pemantauan Sedunia bagi Aktiviti Pemuliharaan UNEP. http://sea.unep-wcmc.org/sites/wh/gbrmp.html. Capaian 21-09-2008. 
  2. "Great Barrier Reef Travel Guide". Fodor's. http://www.fodors.com/world/australia-and-the-pacific/australia/great-barrier-reef/. Capaian 21-08-2008. 
  3. Sarah Belfield (08-02-2002). "Great Barrier Reef: no buried treasure". Geoscience Australia (Kerajaan Australia). http://www.ga.gov.au/media/releases/2002/1013133456_20385.jsp. Capaian 21-08-2008. 
  4. Sharon Guynup (04-09-2000). "Australia's Great Barrier ReeF". Science World. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-08. http://archive.is/quFj. Capaian 21-08-2008. 
  5. "The Seven Natural Wonders of the World". CNN. 11-11-1997. http://edition.cnn.com/TRAVEL/DESTINATIONS/9711/natural.wonders/. Capaian 21-08-2008. 
  6. "Queensland Icons". National Trust Queensland. 2006. http://www.nationaltrustqld.org/qldicons.htm. Capaian 21-08-2008.