Tehrik-i-Taliban Pakistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP; Urdu/Pashto: تحریک طالبان پاکستان; "Pergerakan Taliban Pakistan"), ringkas dikenali sebai Taliban Pakistan, ialah sebuah organisasi penaung pelbagai kumpulan militan Islamist. TTP berpangkalan di wilayah barat laut Republik Islam Pakistan, iaitu di Kawasan Suku Pentadbiran Persekutuan (Inggeris: Federally Administered Tribal Areas) yang terletak pada Garisan Durand (sempadan Pakistan–Afghanistan). Kebanyakan tetapi tidak semua kumpulan Taliban Pakistan bernaung di bawah TTP.[1] Pada Disember 2007, lebih kurang 13 kumpulan bersatu di bawah pimpinan Baitullah Mehsud dan membentuk Tehrik-i-Taliban Pakistan.[2][3] Antara matlamat-matlamat tersurat TTP adalah menentang negara Pakistan, mengenakan hukum syariah mengikut pentafsiran mereka, dan merancang penyatuan menetang tentera NATO di Afghanistan.[2][3][4]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Yusufzai, Rahimullah (22 September 2008). "A Who's Who of the Insurgency in Pakistan's North-West Frontier Province: Part One – North and South Waziristan". Terrorism Monitor 6 (18). Diperoleh pada 30 March 2011. 
  2. 2.0 2.1 Bajoria, Jayshree (6 February 2008). "Pakistan's New Generation of Terrorists". Council on Foreign Relations. Diperoleh pada 30 March 2009. 
  3. 3.0 3.1 Abbas, Hassan (January 2008). "A Profile of Tehrik-I-Taliban Pakistan" (PDF). CTC Sentinel (West Point, NY: Combating Terrorism Center) 1 (2): 1–4. Diperoleh pada 8 November 2008. 
  4. Carlotta Gall, Ismail Khan, Pir Zubair Shah and Taimoor Shah (26 March 2009). "Pakistani and Afghan Taliban Unify in Face of U.S. Influx". New York Times. Diperoleh pada 27 March 2009. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.