Perang Teluk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Teluk
Perang Teluk Parsi
WarGulf photobox.jpg
Ikut arah jam dari atas: Pesawat Tentera Udara A.S terbang di atas telaga minyak Kuwait yang terbakar; pasukan British di dalam Operasi Granby; pandangan kamera dari pesawat Lockheed AC-130; Lebuhraya Kematian; Kenderaan tempur jurutera M728
Tarikh 2 Ogos, 1990 – 28 Februari, 1991 (tamat secara rasmi pada 30 November, 1995)
Tempat Utara Semenanjung Arab
Hasil
  • Kemenangan Pasukan Bersekutu
  • Pengunduran pasukan tentera Iraq dari Kuwait
Pihak bersengketa
Bendera Kuwait Kuwait

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bendera United Kingdom United Kingdom
Bendera Arab Saudi Arab Saudi
Bendera Bangladesh Bangladesh
Bendera Mesir Mesir
Bendera Perancis Perancis
Bendera Syria Syria
Bendera Maghribi Morocco
Bendera Oman Oman
Bendera Pakistan Pakistan
Bendera Qatar Qatar
Bendera Emiriah Arab Bersatu Emiriah Arab Bersatu
Bendera Kanada Kanada
Bendera Australia Australia
Bendera New Zealand New Zealand
Pasukan Tentera Bersekutu lain

Bendera Iraq Iraq
Komander
Bendera Kuwait Jaber Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah

Bendera Amerika Syarikat George H. W. Bush
Bendera Amerika Syarikat Norman Schwarzkopf
Bendera Amerika Syarikat Colin Powell
Bendera Arab Saudi Khalid bin Sultan[1][2]
Bendera United Kingdom Margaret Thatcher
Bendera United Kingdom John Major
Bendera United Kingdom Peter de la Billière

Bendera Iraq Saddam Hussein

Bendera Iraq Ali Hassan al-Majid

Kekuatan
- 959,600[3]
- 1,820 pesawat pejuang dan penyerang (1,376 A.S, 175 Arab Saudi, 69 Britain, 42 Perancis, 24 Kanada, 8 Itali)
- 3,318 kereta kebal (terutamanya M1 Abrams(A.S.),Challenger 1(UK), M60 Patton(A.S.)
- 8 kapal pengangkut pesawat
- 2 kapal tempur
- 20 penjajap
- 20 pembinasa
- 5 kapal selam[4]
- 1,000,000+
- 649 pesawat pejuang
4,500 kereta kebal (Type-59, Type-69, & T-55 T-62 buatan Iraq, kira-kira 500 T-72 buatan Soviet) [4]
Korban dan kehilangan
Tembakan musuh: 181 terbunuh
719 cedera
41 ditawan (mangsa rakyat Kuwait tidak diketahui).
Tembakan sendiri: 44 maut, 57 cedera
Letupan peluru: 11 maut
Kemalangan: 145 maut
20,000-200,000 maut,
80,000 ditawan,[5]
75,000 cedera

Perang Teluk Parsi (2 Ogos 1990 – 28 Februari 1991), nama kod Operasi Ribut Padang Pasir (17 Januari, 1991– 28 Februari, 1991) atau ringkasnya dikenali sebagai Perang Teluk, adalah sebuah perang oleh Pasukan Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu menentang Iraq sebagai tindak balas ke atas serangan Iraq ke atas Kuwait. Pasukan Bersekutu telah ditugaskan untuk mengusir pasukan tentera Iraq daripada Kuwait selepas pencerobohan dan pendudukan Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990. Meskipun terdapat hampir tiga dozen negara-negara yang bergabung dalam tentera Pasukan Bersekutu, majoriti pasukan tentera disumbangkan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Serangan ke atas Kuwait oleh pasukan tentera Iraq telah menyebabkan sekatan ekonomi dikenakan oleh beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB, dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom kemudian membuat persediaan untuk berperang. Pengusiran tentera Iraq dari Kuwait bermula pada Januari 1991 dengan kemenangan muktamad dicapai oleh Pasukan Bersekutu, yang telah berjaya mengambil alih Kuwait dan memasuki wilayah Iraq. Pertempuran udara dan darat telah berlaku dalam lingkungan wilayah Iraq, Kuwait dan kawasan sempadan Arab Saudi. Iraq juga telah melancarkan peluru berpandu ke Arab Saudi dan Israel sebagai pembalasan di atas sokongan mereka kepada Pasukan Bersekutu di Kuwait.

[sunting] Rujukan

  1. Gulf War, the Sandhurst-trained Prince Khaled bin Sultan al-Saud was co commander with General Norman Schwarzkopf www.casi.org.uk/discuss
  2. General Khaled was Co-Commander, with U.S. General Norman Schwarzkopf, of the allied coalition that liberated Kuwait www.thefreelibrary.com
  3. Pasukan Bersekutu dalam Perang Teluk (terkini) mengikut negara www.nationmaster.com
  4. 4.0 4.1 Geoffrey Regan, p.214
  5. Crocker III, H. W. (2006). Don't Tread on Me, 386, New York: Crown Forum. ISBN 9781400053636.


[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain