Tentera Udara Bebas Libya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Udara Bebas Libya
القوات الجوية ليبيا الحرة
Aktif Mac 2011-sekarang
Negara Republik Libya
Kesetiaan Majlis Peralihan Nasional
Cawangan Tentera Udara
Sebahagian daripada Pasukan Anti-Gaddafi
Ibupejabat Pangkalan Udara Benina, Benghazi
Perang/pertempuran Perang Saudara Libya 2011
Komander
Komander
ternama
Kolonel Abdullah El-Hassi
Kolonel Ali Atiyya
Pesawat
Pejuang MiG-23,MiG-21



Tentera Udara Bebas Libya (Bahasa Arab: القوات الجوية ليبيا الحرة‎‎,Bahasa Inggeris: Free Libyan Air Force (FLAF) adalah Pasukan Tentera Udara yang bernaung dibawah Majlis Peralihan Nasional (National Transitional Council),merangkumi sebilangan juruterbang Tentera Udara Libya dibawah pimpinan Muammar al-Gaddafi yang telah berpaling tadah dan menyatakan sokongan kepada gerakan Anti-Gaddafi.[1]

Pada 13 Mac 2011,Ali Atiyya,Seorang Kolonel Tentera Udara Libya yang berpangkalan di Mitiga,berdekatan Tripoli mengisytiharkan beliau telah berpaling tadah dan menyatakan sokongan kepada Gerakan Anti-Gaddafi.Ini merupakan sumber maklumat terawal mengenai kewujudan kakitangan Tentera Udara dalam Gerakan Anti-Gaddafi.[2]

Pada 16 Mac,2 buah pesawat pejuang dikatakan mendarat di Lapangan Terbang Benghazi,dan kemudiannya menyertai pihak penentang.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Tentera Udara Bebas Libya dilaporkan telah melancarkan serangan keatas tiga kapal tangki,dimana 2 telah tenggelam dan sebuah mengalami kerosakan,dan juga melancarkan serangan keatas konvoi tentera yang bergerak dari Sirte ke Ajdabiya dengan tiga helikopter.

Pada 19 Mac,sebuah pesawat Mikoyan-Gurevich MiG-23 milik mereka telah ditembak jatuh di Benghazi.Pada mulanya media mengatakan bahawa pesawat tersebut adalah milik Tentera Udara Libya pimpinan Gaddafi,tetapi kemudian Pihak Majlis Peralihan Nasional mengumumkan bahawa pesawat tersebut adalah milik mereka,yang telah ditembak oleh tentera yang setia kepada Gaddafi.Namun Pihak Gaddafi menuduh pihak penentang kerana melanggar Zon Larangan Terbang[3][1].BBC World melaporkan bahawa pesawat tersebut ditembak secara tidak sengaja oleh pertahanan udara mereka sendiri,dan juruterbang tersebut terbunuh dengan serta merta apabila beliau keluar terlalu lambat dari pesawat tersebut.[4]

Pada 9 April,dua helikopter Mi-24 milik FLAF telah dikesan sedang melakukan penerbangan di Ajdabiya,dan telah melanggar Zon Larangan Terbang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[5]Kedua-dua helikopter tersebut akhirnya ditembak jatuh oleh Tentera Kerajaan[6][7].Dan pada hari yang sama,Pihak Bersekutu telah memintas sebuah pesawat MiG-23,juga dimiliki oleh FLAF dan kemudiannya diiring pulang ke Pangkalan mereka.[8]

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat Asal Jenis Versi Dalam Perkhidmatan Nota
Pesawat Pejuang
Mikoyan-Gurevich MiG-23  Kesatuan Soviet Pesawat Pejuang MiG‑23BN/MS/ML/UB 3+ Beberapa buah ditawan di Pangkalan Udara Benina; Dua ditembak jatuh
Mikoyan-Gurevich MiG-21  Kesatuan Soviet Pesawat Pejuang MiG‑21MF/bis/UM 1+ Beberapa buah ditawan di Pangkalan Udara Benina; Sebuah (MiG-21UM) dilaporkan terhempas akibat kegagalan mekanikal
Pesawat Pelatih
Soko G-2 Yugoslavia Pesawat Pelatih G-2A-E 5+ Beberapa buah ditawan di Pangkalan Udara Misrata airbase;[9] Status tidak diketahui sehingga sekarang
Helikopter
Mil Mi-24  Kesatuan Soviet Helikopter tempur Mi-25 1+ Sekurang-kurangnya sebuah ditawan di Pangkalan Udara Benina;[10] Sebuah ditembak jatuh[11]
Mil Mi-14  Kesatuan Soviet Helikopter Anti-Kapal Selam Mi-14 1+ Sekurang-kurangnya sebuah ditawan di Pangkalan Udara Benina [10].
Mil Mi-2  Kesatuan Soviet Helikopter pengangkut Mi-2 1+ Beberapa buah ditawan di Pangkalan Udara Misrata; Status belum diketahui lagi sehingga sekarang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota: Kesemua rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.