Mil Mi-24

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mi-24 / Mi-25 / Mi-35
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Mil
Penerbangan sulung 1969
Diperkenalkan 1972
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
50 pengguna lain (lihat pengguna)
Jumlah dibina 2000 (anggaran)
Dibangunkan dari Mil Mi-8
Kelainan Mil Mi-28

Mil Mi-24 (Cyrillic Миль Ми-24, nama pengenalan NATO "Hind") adalah sebuah helikopter bersenjata besar dan pengangkut anggota berkapasiti rendah yang dikeluarkan oleh Mil Moscow Helicopter Plant dan digunakan sejak tahun 1972 oleh Tentera Udara Soviet, Rusia dan lebih 30 buah negara-negara lain di seluruh dunia. Pada Oktober 2007, Tentera Udara Rusia telah mengumumkan akan mengantikan 250 buah helikopter bersenjata Mi-24 dengan 300 buah helikopter Mi-28 yang lebih moden dan mungkin juga dengan Ka-50 bermula 2015.[1][2]

Di negara NATO versi-versi eksport seperti, Mi-25 dan Mi-35, secara ringkasnya masing-masing dekenali sebagai "Hind D" dan "Hind E". Juruterbang Soviet memanggil helikopter ini летающий танк (letayushchiy tank, “kereta kebal terbang”). Nama gelaran biasa tak rasmi yang lain adalah Крокодил (Krokodil, “Buaya”), disebabkan warna penyamaran barunya [3] dan Стакан (Stakan, “Kaca”), kerana kepingan kaca rata yang mengelilingi tiga bahagian kokpit pada helikopter versi Hind A.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Semasa awal 1960-an, pereka Soviet Mikhail Leont'yevich Mil sedar bahawa kecenderungan kekerapan mobiliti semasa peperangan akan mewujudkan kenderaan tempur udara untuk pasukan infantri, yang mana boleh melaksanakan misi-misi sokongan tembakan dan mengangkut anggota tentera. Replika bagi konsep kenderaan ini telah didedahkan kepada umum pada 1966 di bengkel ujian Kementerian Pesawat dengan nombor kilang 329. Mil merupakan ketua pereka bagi kenderaan ini. Replika dengan V-24 ini adalah berdasarkan projek lain, iaitu helicopter utiliti V-22 yang tidak pernah diterbangkan. V-24 mempunyai persamaan dari segi rekabentuk dan tatarajah dengan helicopter UH-1A Huey, dengan ruang di tengahnya mampu membawa lapan penumpang dengan kedudukan membelakangi antara satu sama lain. Sebuah sayap kecil dipasang berhampiran kabin penumpang di sebelah belakang-atas, yang mana mampu membawa sehingga enam peluru berpandu atau roket, manakala meriam tetap berlaras kembar GSh-23L dipasang pada tapak pendaratan.

Mi-24A

Mil telah menyerahkan cadangan rekabentuk kepada ketua angkatan bersenjata Soviet, dan meskipun beliau mendapat sokongan daripada perancang strategi dalam angkatan bersenjata, beliau juga telah ditentang oleh beberapa ahli yang lebih kanan dalam angkatan bersenjata yang percaya senjata konvensional harus menggunakan sumber-sumber yang lebih baik. Meskipun terdapat tentangan, Mil berjaya mempengaruhi Timbalan Pertama Menteri Pertahanan, Marshal Andrey A. Grechko, bagi memanggil panel pakar untuk meneliti perkara ini. Meskipun pandangan dari para pakar bercampur-campur, para penyokong projek ini akhirnya berjaya dan telah memohon agar cadangan rekabentuk untuk helikopter sokongan pertempuran dikeluarkan.

Para jurutera Mil telah menyediakan dua rekabentuk asas: pertama rekabentuk satu enjin seberat 7-tan dan kedua rekabentuk dua enjin seberat 10.5-tan. Kedua-duanya berdasarkan enjin turboshaft Izotov TV3-177A yang berkuasa 1,700 hp. Kemudian, tiga buah prototaip telah dibina, bersama-sama lima prototaip kokpit bagi membolehkan kedudukan juruterbang dan pengendali stesyen senjata diubahsuai.

Kamov kemudian mencadangkan kepada tentera darat helikopter versi peperangan anti permukaan berkos Ka-25 Hormone sebagai pilihan yang berkos rendah. Cadangan ini telah dipertimbangkan, akan tetapi kemudian telah digugurkan bagi memberi laluan pembangunan rekabentuk helikopter Mil baru dengan enjin berkembar. Beberapa perubahan telah dilakukan Beberapa perubahan dilakukan atas desakan pihak tentera, termasuk mengantikan meriam berkaliber 23 mm dengan mesingan berat tembakan pantas yang dipasang di dalam turet dagu, dan penggunaan peluru berpandu anti kereta kebal 9K114 Shturm (AT-6 Spiral) yang masih dalam fasa pembangunan.

Satu arahan telah dikeluarkan pada 6 Mei 1968 bagi meneruskan pembangunan dengan rekabentuk enjin berkembar. Kerja dilakukan di bawah pengawasan Mil sehingga kematian beliau pada 1970. Rekabentuk terperinci bermula pada Ogos 1968 di bawah nama kod Yellow 24. Rekabentuk prototaip berskala penuh telah diteliti dan diluluskan pada Februari 1969. Ujian penerbangan ke atas prototaip telah dilakukan pada 15 September 1969 with a tethered hover, dan empat hari kemudian melakukan penerbangan bebas pertama. Prototaip kedua dibina, diikuti dengan kumpulan ujian yang terdiri daripada 10 buah helikopter.

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Perang Ogaden (1977-1978)[sunting | sunting sumber]

Mi-24 digunakan untuk pertama kali dalam pertempuran bersama tentera Ethiopia (Habsyah) semasa dalam Perang Ogaden menentang Somalia. Helikopter telah membentuk sebahagian daripada penghantaran udara besar yang terdiri peralatan ketenteraan daripada Kesatuan Soviet, apabila Soviet menukar sokongan kepada Habsyah pada penghujung 1977. Helikopter ini telah memainkan peranan penting dalam gabungan serangan darat dan udara yang berjaya mengusir tentera Somalia daripada Ethiopia bermula pada awal 1978.[4]

Perang Kemboja-Vietnam (1978)[sunting | sunting sumber]

Mi-24A telah digunakan dengan meluas oleh Tentera Udara Rakyat Vietnam dalam Perang Kemboja-Vietnam. Helikopter bersenjata ini memusnahkan banyak pangkalan dan pos pemerhati Khmer Rouge sehingga 1986, apabila tentera Khmer Rouge diusir sehingga ke sempadan Thailand.

Konflik Chad-Libya (1978-1987)[sunting | sunting sumber]

Tentera Udara Libya secara aktif menggunakan Mi-24A dan Mi-25 semasa beberapa campur tangan Libya dalam Perang Saudara Chad.[5] Hind pertama kali digunakan pada Oktober 1980 dalam pertempuran N'Djamena di mana mereka telah membantu Angkatan Tentera Rakyat merampas ibu negara.

Pada Mac 1987, Angkatan Tentera Utara yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Perancis, berjaya merampas pangkalan Tentera Udara Libya di Ouadi-Doum, Utara Chad. Antara pesawat yang ditawan dalam serangan ini adalah tiga buah Mi-25. Helikopter-helikopter ini kemudian dihantar ke Perancis, yang mana kemudian sebuah telah diserahkan kepada United Kingdom dan sebuah lagi ke Amerika Syarikat.[5]

Lihat juga Perang Toyota dan Operasi Mount Hope III.

Perang Soviet di Afghanistan (1979-1989)[sunting | sunting sumber]

Helikopter ini digunakan dengan meluas semasa pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan, terutamanya untuk mengebom pejuang-pejuang Mujahideen. A.S telah membekalkan peluru berpandu pencari haba Stinger kepada Mujahideen, dan helikopter Mi-8 dan Mi-24 terbukti menjadi sasaran kegemaran oleh pejuang Mujahideen.

Atur gerak pertama[sunting | sunting sumber]

Hind telah dibekalkan kepada kerajaan Afghanistan pada April 1979 bagi menentang gerila Mujahideen.[6] Juruterbang-juruterbang Afghanistan mendapat latihan secukupnya dan cekap menggunakan helikopter-helikopter ini, tetapi pejuang Mujahideen bukan satu sasaran yang mudah dihapuskan. Kehilangan pertama Hind semasa pertempuran terjadi apabila ditembak jatuh oleh pejuang pada 30 Mei 1979.

Situasi di Afghanistan menjadi semakin buruk dan pada 25 Disember 1979, pasukan-pasukan Soviet telah komited untuk berperang, satu tindakan yang membuktikan satu kesilapan besar. Tentera Merah mendapati mereka terjebak dalam perang gerila dalam negara di mana keadaan permukaan bumi yang kasar memberi kelebihan kepada pejuang tempatan. Helikopter Hind seolah-olah seperti sebuah senjata ampuh untuk membantu menentang pejuang Mujahideen. Komander-komander medan Soviet telah memohon untuk mendapatkan kesemua helikopter Hind yang boleh mereka dapati.

Pengalaman pertempuran awal[sunting | sunting sumber]

Selepas mengalami pengalaman perit bertempur dengan pejuang Afghanistan, juruterbang helikopter Hind belajar untuk membahayakan dan bersikap kejam ke atas diri mereka sendiri, dan pejuang Mujadideen telah mengelar helikopter Hind "Shaitan-Arba" (Kereta kuda Syaitan)".[6] Dalam satu kejadian, juruterbang Hind yang telah kehabisan peluru berjaya menyelamatkan satu kompeni infrantri dengan berlegar-legar secara agresif ke arah pejuang Mujahideen dan menakutkan mereka. Hind sangat popular kepada pasukan darat, kerana ia boleh bersama-sama dalam medan pertempuran dan memberi sokongan tembakan sekiranya perlu, di mana jet-jet penyerang “bergerak-laju” hanya mampu bertahan untuk jangkamasa pendek sebelum kembali semula ke pangkalan untuk mengisi minyak.

Pengakhiran penglibatan Soviet di Afghanistan[sunting | sunting sumber]

Sebuah Mi-24 telah ditembak jatuh pada malam 2 Februari 1989, di mana kedua-dua krewnya telah terbunuh. Ia merupakan helikopter Hind Soviet terakhir yang musnah dalam peperangan selama 10 tahun.

Hind di Afghanistan selepas pengunduran Soviet[sunting | sunting sumber]

Afghan Mi-35.

Hind telah diserahkan kepada tentera Afghanistan yang pro-Soviet semasa peperangan masih dikekalkan dalam perkhidmatan dalam perang saudara yang meletus selepas pengunduran Soviet.[6] Beberapa darinya diterbangkan oleh pembelot ke Pakistan, dan beberapa buah darinya didapati jatuh ke tangan Tentera Darat Amerika Syarikat.

Helikopter Hind yang jatuh ke tangan Taliban Afhganistan secara beransur-ansur tidak boleh digunakan, tetapi beberapa buah darinya masih diterbangkan oleh Northern Alliance, yang mendapat bantuan Rusia dan capaian pada alat ganti, mampu kekal beroperasi sehingga pencerobohan A.S ke atas Afghanistan pada musim luruh 2001. Pada 2008, Kor Udara Kebangsaan Afghanistan telah menerima penghantaran enam buah helikopter Mi-35 Hind yang dibaik pulih, dibeli dari Republik Czech. Juruterbang Afghanistan telah dilatih oleh India dan akan menjalani latihan tembakan peluru hidup pada Mei 2008. Helikopter ini akan digunakan untuk mengiringi helikopter pengangkut Mi-17 dalam operasi di bahagian-bahagian yang bergolak di negara itu.

Perang Saudara Nicaragua (1980-1988)[sunting | sunting sumber]

Mi-25 juga telah digunakan oleh Tentera Darat Nicaragua semasa perang saudara pada tahun 1980-an.[7][8] Nicaragua telah menerima 12 buah Hind (beberapa sumber mendakwa 18 buah) pada pertengahan tahun 1980-an bagi menentang pemberontak "Contra" yang disokong oleh Amerika Syarikat. [9] Selain membuat serangan darat ke atas tentera Contra dan Mi-25 cukup pantas bagi memintas pesawat ringan yang digunakan oleh pemberontak. Pentadbiran Presiden Reagan menganggap penggunaan Mi-25 menjadi penyebab utama ketegangan di Amerika Tengah.

Dua buah Mi-25 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu Stinger yang digunakan oleh pemberontak Contra. Helikopter Hind ketiga mengalami kerosakkan semasa mengejar pemberontak Contra berhampiran sempadan Honduras, apabila ia ditembak oleh pesawat F-86 Sabre dan A-37 Dragonfly milik Honduras. Helikopter keempat telah diterbangkan oleh juruterbang Sandinista yang telah membelot ke Honduras pada Disember 1988.

Perang Saudara Sri Lanka (1987-kini)[sunting | sunting sumber]

Pasukan Menjaga Keamanan India (1987-1990) di Sri Lanka telah menggunakan Mi-24 apabila ketumbukan Tentera Udara India telah diatur gerak bagi menyokong pasukan bersenjata India dan Sri Lanka menentang pelbagai kumpulan militan Tamil seperti LTTE. Helikopter bersenjata Mi-24 dipercayai telah memberi sokongan tembakan kepada pasukan tentera India dan telah berjaya mengurangkan jumlah kematian. India tidak mengalami sebarang kehilangan Mi-24 dalam operasi ini, kerana pemberontak Tiger tidak memiliki sebarang senjata yang mampu melawannya pada masa itu [10][9], bagimanapun beberapa darinya mengalami kerosakkan teruk kesan daripada tembakan mesingan.

Bermula 14 November 1995, Mi-24 mula digunakan oleh Tentera Udara Sri Lanka dalam perang yang berlanjutan dalam menentang pemberontak Tamil Eelam dan telah membuktikan keupayaan dalam memberi sokongan udara dekat yang berkesan kepada pasukan darat. Tentera Udara Sri Lanka kini menggunakan campuran versi Mi-24/-35P dan Mi-24V/-35. Baru-baru ini, helikopter-helikopter ini telah dinaik taraf dengan sistem-sistem FLIR dan peperangan elektronik moden buatan Israel. Lima buah darinya telah dilengkapi dengan radar bagi memintas pesawat, sistem menjejak sasaran lekapan helmet fungsi penuh dan peluru berpandu udara ke udara. Sekurang-kurangnya lima buah Hind telah musnah kepada senjata MANPAD LTTE, dan dua buah lagi telah musnah semasa serangan LTTE ke atas pangkalan udara, dengan sebuah darinya telah mengalami kerosakkan teruk tetapi setelah dibaiki ia kembali semula ke dalam perkhidmatan.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Mi-28 Replacing Mi-24
  2. Russia’s Air Force to Replace Combat Helicopters by 2015
  3. Mi-24 Hind "Krokodil", US Centennial of Flight Commission
  4. Cooper, Tom. "Ogaden War, 1977-1978". Air Combat Information Group (acig.org). http://www.acig.org/artman/publish/article_188.shtml. Capaian 2007-03-18. 
  5. 5.0 5.1 Yefim Gordon & Dmitry Komissarov (2001). Mil Mi-24 Hind, Attack Helicopter. Airlife. 
  6. 6.0 6.1 6.2 Goebel, Greg (2007-04-O1). "Hind Variants / Soviet Service". http://www.vectorsite.net/avhind.html. Capaian 2008-01-17. 
  7. Mi-24 info from Wings Palette
  8. Mil Mi-24 information from Aerospaceweb.org
  9. 9.0 9.1 Goebel, Greg (2008-04-01). "The Mil Mi-24 Hind & Mi-28 Havoc". http://www.vectorsite.net/avhind_2.html. Capaian 2008-02-03. 
  10. 10.0 10.1 Indian-Subcontinent Database from ACIG Journal

Pautan luar[sunting | sunting sumber]