Terminal bas Kuala Berang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terminal bas Kuala Berang terletak di Kuala Berang, Terengganu,Malaysia. Terminal bas ini dibina RM4.2 juta. Terminal ini milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah WNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.

Runtuh[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Disember 2009, jam 4 petang, bumbung sengkuap bercermin terminal ini runtuh dan menyebakan 4 pekerjanya termasuk 3 rakyat Bangledesh cedera.Atap gentian kaca yang berukuran 1 x 2 meter bertaburan di bahagian laluan pejalan kaki bersama penyokong yang tercabut dengan bahagian bumbung itu. Atap cermin itu berharga RM700,000, mula dipasang pada 2008 tetapi 2009 telah runtuh, tercabut. ketika itu pekerja dipercayai sedang memijak untuk memasang cermin.[1]

Kes berkaitan[sunting | sunting sumber]

Beberapa bangunan baru runtuh seperti :

  • Bumbung Sekolah Menengah Ajil
  • Bmbung stadium Sultan Mizan
  • Bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh
  • Kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok turut bocor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]