Terminal kontena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tindanan kontena di terminal kontena Keppel, Pelabuhan Singapura.
Terminal kontena Pier T di Pelabuhan Long Beach California dengan landasan keretapi di hadapan dan kren gantri di belakang.

Sebuah terminal kontena ialah satu kemudahan di mana kontena dipindahkan antara kenderaan pengangkutan untuk dibawa ke destinasi terakhir. Terminal untuk pemindahan kontena antara kenderaan darat dan laut dikenali sebagai "terminal kontena maritim", manakala terminal pemindahan antara kenderaan darat dikenali sebagai "terminal kontena darat".

Terminal kontena maritim biasanya menjadi sebahagian daripada pelabuhan yang besar. Terminal kontena darat pula terletak di dalam atau berhampiran bandar-bandar utama, dengan kemudahan landasan keretapi ke terminal kontena maritim.

Kedua-dua terminal kontena maritim dan darat selalunya menawarkan kemudahan penyimpanan untuk kontena berisi dan kontena kosong. Kontena berisi disimpan untuk jangka masa yang pendek sebelum diangkut ke destinasi yang lain, sementara kontena kosong disimpan untuk jangka masa lebih panjang sebelum digunakan semula. Kontena biasanya disimpan dalam tindanan-tindanan untuk menjimatkan ruang.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kemajuan dari segi metodologi pengendalian terminal kontena telah menjadi bertambah baik.[1] [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1] D. Steenken, S. Voss and R. Stahlbock. Container terminal operation and operations research – A classification and literature review. OR Spectrum 26 (2004), 3 - 49.
  2. [2] R. Stahlbock and S. Voss. Operations research at container terminals – A literature update. OR Spectrum 30 (2008), 1 - 52.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]