The Negro Motorist Green Book

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Negro Motorist Green Book
Kulit edisi 1940
Umum
PengarangVictor Hugo Green
NegaraAmerika Syarikat
Bahasabahasa Inggeris
GenreGuide book
Penerbitan
PenerbitVictor Hugo Green
Tarikh penerbitan
1936–66

The Negro Motorist Green Book ("Buku Hijau Pengendara Negro", juga diberi nama The Negro Travelers' Green Book - "Buku Hijau Pengembara Negro") merupakan sebuah buku panduan diterbitkan Victor Hugo Green, seorang penghantar surat dari Bandar Raya New York, semasa pelaksanaan Undang-undang Jim Crow di Amerika Syarikat antara tahun-tahun 1936 dan 1966 ketika orang Afrika-Amerika ditindas dari segi mendapatkan infrastruktur awam berbanding warga berkulit putih. Buku panduan ini menyenaraikan tempat-tempat penginapan dan lawatan yang mesra kepada warga berkulit hitam ini yang pada ketika itu semakin bertambah kelas pertengahan dalam kalangan mereka lalu membolehkan mereka membeli kereta dan merantau serta bersiar-siar menjelajah serata Amerika Syarikat.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Penginapan susah dicari golongan berkulit hitam di mana bukan sahaja banyak hotel dan rumah tumpangan menghalang mereka diberi layanan sepatutnya, malah terdapat ribuan bandar serata Amerika Syarikat menguatkuasakan peraturan di mana orang bangsa kulit putih - termasuk orang Mexico dan orang Asli Amerika - diarahkan meninggalkan bandar mereka selepas senja (sundown town).[1] Di kawasan yang membenarkan orang kulit hitam bermalam sebegitupun, penginapan sangat terhad sehingga ada yang terpaksa berkhemah di luar.[2]

Delegasi luar asing turut tidak terkecuali daripada layanan sebegitu. Komla Agbeli Gbedemah, Menteri Kewangan Ghana yang baharu sahaja merdeka pada ketika itu misalnya dihalang daripada memasuki sebuah restoran ketika dalam perjalanan ke Washington, D.C. meskipun telah menunjukkan pengenalan dirinya kepada kakitangan restoran tersebut.[3] Perkara tersebut menjadi gempar diberitakan seluruh dunia; Presiden Dwight D. Eisenhower sendiri berasa dimalukan atas kejadian ini sehingga membuat jemputan kepada Gbedemah untuk bersarapan di kediaman Rumah Putihnya.[4]

Perubahan[sunting | sunting sumber]

Aktivisme yang memperjuangkan hak asasi untuk semua warga dalam Amerika Syarikat menguat pada awal dekad tahun 1960-an sehingga mendorong berkurangnya segregasi kemudahan awam. Kewujudan buku ini semakin banyak dilihat kurang relevan lagi malah dianggap boleh menguatkan pelaksanaan penyisihan tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Seiler87 tidak disediakan
  2. ^ Flamming, p. 166.
  3. ^ Seiler, p. 84.
  4. ^ DeCaro, p. 124.
  • DeCaro, Louis A. (1997). On the Side of My People: A Religious Life of Malcolm X. NYU Press. ISBN 9780814718919.
  • Flamming, Douglas (2009). African Americans in the West. ABC-CLIO. ISBN 9781598840032.
  • Seiler, Cotten (2012). "'So That We as a Race Might Have Something Authentic to Travel By': African-American Automobility and Cold-War Liberalism". Dalam Slethaug, Gordon E.; Ford, Stacilee (penyunting). Hit the Road, Jack: Essays on the Culture of the American Road. McGill-Queen's Press. ISBN 9780773540767.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]