The Parent Trap (filem 1961)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Parent Trap
Theatrical release poster by Reynold Brown
PengarahDavid Swift
PenulisErich Kästner (book)
David Swift(screenplay)
Dihasilkan olehWalt Disney
George Golitzen
DibintangiHayley Mills
Maureen O'Hara
Brian Keith
SinematografiLucien Ballard
Disunting olehPhilip W. Anderson
Muzik olehLagu:
Richard M. Sherman
Robert B. Sherman
Skor:
Paul J. Smith
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehBuena Vista Distribution
Tarikh tayangan
  • 21 Jun 1961 (1961-06-21)
Masa tayangan
129 minit
Negara Amerika Syarikat
BahasaInggeris

The Parent Trap ialah sebuah filem Walt Disney dari tahun 1961[1][2] yang dibintangi oleh Hayley Mills, Maureen O'Hara dan Brian Keith dalam sebuah kisah tentang adik-beradik kembar remaja serta ibu bapa mereka yang bercerai. Lakon layar bagi filem arahan David Swift ini berdasarkan buku Lottie and Lisa (Das Doppelte Lottchen) oleh Erich Kästner. Kastner memperoleh versinya dari sebuah filem, Three Smart Girls arahan Deanna Durbin. The Parent Trap dicalonkan untuk dua Anugerah Akademi, disiarkan di televisyen, diikuti oleh tiga sekuel dalam televisyen, dibikin semula bersama Lindsay Lohan pada tahun 1998, dan juga dikeluarkan dalam bentuk VHS dan DVD. Filem asli ini merupakan yang kedua daripada enam filem yang dibintangi Mills untuk Disney.

Plot[sunting | sunting sumber]

Susan Evers dan Sharon McKendrick (Hayley Mills), sepasang adik-beradik kembar bertemu di perkhemahan musim panas tanpa menyedari bahawa mereka adalah adik-beradik. Disebabkan paras rupa mereka yang seiras, mereka sering bersaing dan mengusik satu sama lain, sehingga acara tarian perkhemahan dihancurkan oleh kenakalan mereka. Sebagai hukuman, mereka dipaksa duduk bersama dalam sebuah kabin yang terpencil hingga akhir percutian. Setelah mereka berdua mengaku bahawa mereka datang dari rumah tangga yang berkecai, lama-kelamaan mereka menyedari bahawa mereka merupakan adik-beradik kembar, apalagi ibu bapa mereka, Mitch dan Maggie (Brian Keith dan Maureen O'Hara), bercerai tidak lama selepas kelahiran mereka, dengan setiap seorang kembar itu dijaga oleh seorang ibu bapa. Dengan rasa ingin sekali mengenali induk yang tidak dikenali mereka, adik-beradik kembar itu bertukar tempat. While Susan menyamar sebagai Sharon di Boston, manakala Sharon ke California untuk mengambil tempat Susan.

Sharon menelefon Susan di Boston dengan khabar bahawa bapa mereka sedang merancang untuk berkahwin dengan seoran wanita pisau cukur, oleh itu ibu mereka perlu dibawa ke California untuk menghalang perkahwinan itu. Di Boston, Susan memberitahu ibunya perkara sebenar tentang pertukaran tempat mereka, maka mereka berdua pergi ke California.

Dengan keempat-empat sekeluarga d California, atas restu ibunya, adik-beradik kembar itu merosakkan rancangan perkahwinan ayah mereka. Vicki Robinson (Joanna Barnes), tunang kepada Mitch yang bermata duitan, menerima layanan yang buruk daripada Susan dan Sharon serta kebencian yang tersembunyi dari Maggie. Pada satu petang, kembar itu mewujudkan semula temu janji pertama ibu bapa mereka di sebuah restoran Itali dengan seorang pemain biola gipsi. Lambat-laun bekas suami isteri bersatu semula, namun tidak lama kemudian, mereka bertengkar lagi tentang hal-hal remeh dan Vicki.

Untuk melengahkan kepulangan Maggie ke Boston bersama Sharon, pasangan kembar itu berpakaian dan berlenggok bahasa seiras-irasnya supaya ibu bapa mereka tidak dapat membezakan mereka. Selepas mereka semua pergi berkhemah bersama-sama barulah mereka mendedahkan yang mana itu siapa. Mitch dan Maggie terima dengan rasa was-was, tetapi oleh sebab Vicki membantah rancangan itu, Maggie memperdayakannya supaya mengambil tempatnya. Maka Susan dan Sharon melaksanakan coup de grace: Vicki meluangkan masanya memukul-mukul nyamuk dan ditakutkan oleh anak beruang yang menjilat madu yang tersapu pada kakinya oleh kembar itu. Dengan rasa jengkel, Vicki melempang salah seorang kembar itu dengan rasa penuh marah, maka berakhirnya hubungan Mitch dan Vicki. Mitch dan Maggie menghidupkan semula cinta mereka lalu berkahiwn semula dalam babak terakhir bersama Susan dan Sharon di majlis perkahwinan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dicalonkan untuk dua Anugerah Akademi: satu untuk Bunyi Terbaik bagi Robert O. Cook, dan satu untuk Penyuntingan Filem Terbaik bagi Philip W. Anderson.[3]

Susulan[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan semula di pawagam pada tahun 1968. The Disney Studios menerbitkan tiga filem susulan untuk televisyen, iaitu The Parent Trap II (1986), The Parent Trap III (1989), dan The Parent Trap IV: Hawaiian Honeymoon (1989). Filem yang asal itu dibikin semula pada tahun 1998, dibintangi Lindsay Lohan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Variety film review; May 3, 1961, page 26.
  2. ^ Harrison's Reports film review; May 6, 1961, page 70.
  3. ^ "The 34th Academy Awards (1962) Nominees and Winners". oscars.org. Dicapai pada 2011-08-22.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:The Parent Trap series Templat:David Swift Templat:Sherman Brothers Musical Films