The Times (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Times
Kulit album kumpulan The Times (2004)
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia
Genre 60's Mod
Rock 'n' roll
Indie Rock
Tahun aktif 2004-Sekarang
Label DIY
Laman web [1]
Ahli
Natazar (Vokal)
Anuar (Gitar)
Mono (Bass)
Zul (Dram)
Bekas ahli
Hamzah (Gitar}
Nazreen (Gitar)
Alem (Gitar)
Irfan (Dram)


The Times adalah sebuah kumpulan muzik indie di Malaysia yang ditubuhkan pada 2004. Setakat ini, kumpulan ini telah merakamkan tiga buah album dan satu E.P.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 2009 hingga sekarang, kumpulan ini dianggotai:

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 31 Ogos 2004 oleh dua orang adik-beradik, Natazar dan Mono. Ahli kumpulan yang menyusul kemudian ialah Alem (pemain gitar utama), Hamzah (pemain gitar kedua),Nazreen (keyboard) dan Irfan (drum). Membawakan muzik yang bercitarasakan 60's british Mod/rock and roll. Antara lagu mereka yang popular adalah "Nostalgia Curang Rock n Roll", "Pesona Algebra", "Gadisku Dalam Koma" iaitu lagu dari album pertama mereka Soda Pop Rok 'N' Roll. Album Ini telah dicalonkan di Anugerah Industri Muzik Malaysia iaitu 'Artis Baru Terbaik' Pada tahun 2005,

Pd 2006, The Times telah mengeluarkan album Xtra Soda Pop Rok N Roll. Dengan tambahan 2 buah lagu baru iaitu Kasanova & Retro Asmara.

Album kedua mereka telah dilancarkan pada tahun 2007 dengan judul Nada Melankolik Malaya. Album ini telah terjual lebih kurang 10 ribu salinan walaupun tanpa publisiti arus perdana. Tidak lama selepas album ini keluar, Alem telah dikeluarkan atas sebab masalah peribadi. Dan selepas itu Nazreen telah menarik diri daripada The Times atas sebab-sebab peribadi pada masa rakaman untuk album ketiga.

Pada tahun 2008, The Times telah melancarkan album ketiga mereka yang berjudul Modern Minimalis Glamour.Single pertama mereka dalam album ini ialah "Singapura Kuala Lumpur". Single ini telah berjaya menduduki tangga teratas AMP Channel V selama 20 minggu. Album ini juga dicalonkan di Anugerah Industri Muzik Malaysia 2009 iaitu 'Top 5 Album Rock Terbaik'. Lagu Sisa-sisa telah berjaya memenangi 'Best Of Independent Songs Of The Year XFM' Anugerah AVIMA AWARDS 2010. Pada 2010 Naza telah menjemput Nuar iaitu gitaris kumpulan Sinopsis bagi posisi Gitar utama.Manakala tempat Irfan pula digantikan oleh Zul .Pada konsert Rock The World 9,The Times telah membuat persembahan dengan ahli-ahli baru iaitu:-

Naza - Gitar/Vokal Nuar - Gitar Utama Mono - Bass Zul - Drum

Pada tahun 2010 band ini membebaskan sebuah EP berjudul The Ballad Of Jimmy Acid secara bebas dan mengandungi 3 lagu baru. Band ini terlibat dengan pertikaian ekoran kegagalan label lama mereka membayar royalti album ketiga mereka. The Times juga turut berkonfrantasi dengan band Hujan. Bekas ahli band iaitu Alem dan Irfan telah menubuhkan sebuah band baru bernama Relay di mana konsep muzik bawaan mereka hampir sama.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Soda Pop Rok 'N' Roll - 2004
  • Extra Soda Pop Rok 'N' Roll - 2006
  • Nada Melankolik Malaya - 2007
  • Modern Minimalis Glamour - 2008

Single[sunting | sunting sumber]

THE BALLAD OF JIMI ACID 2010 E.P

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]