Tiada Akhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Tiada Akhir"
Lagu oleh Yuna
daripada album Rouge
Dilancarkan pada12 Julai 2019
FormatMuat turun digital
GenrePop, R&B
Panjang2:44
SyarikatThe Verve Music Group
Penulis
  • Yunalis Zarai
  • Robin Hannibal
PenerbitRobin Hannibal
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Tiada Akhir" ialah lagu nyanyian Yuna sebagai trek 11 untuk album antarabangsa keempat beliau, Rouge. Ia dicipta dan ditulis bersama oleh Yuna dan Robin Hannibal (yang turut berkhidmat sebagai penerbit).[1] Ia merupakan satu-satunya lagu berbahasa Melayu yang dimuatkan dalam album Rouge.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut Yuna dalam temu bual bersama Astro Awani pada Mei 2019, beliau meluahkan rasa teruja untuk memuatkan sebuah lagu dalam bahasa Malaysia.[2] Pada awalnya, lagu ini ialah sebuah interlud, bagaimanapun ia dijadikan sebagai sebuah lagu.

"Saya selama ini memang ingin memasukkan lagu bahasa Malaysia dalam album Inggeris saya. Lagu "Tiada Akhir" ini sepatunya sekadar interlud tetapi ia dijadikan sebagai sebuah lagu dalam album ini. Ia lagu yang indah dan saya sungguh teruja lagu ini dimasukkan dalam album ini,

Menurut Yuna dalam temuramah bersama Kosmo!, beliau tidak bercadang untuk memuatkan lagu tersebut dalam Rogue. Namun beliau cuba muatkan lagu "Tiada Akhir" ketika mahu menghantar album ini kepada label. Menurutnya, setiap trek dalam album merupakan pelaburan pihak label dan setiap lagu perlu ada kelebihan untuk diketengahkan. "Saya berasa sangat gembira kerana label menerima "Tiada Akhir" dengan baik. Mereka suka terhadap melodi lagu tersebut dan meminta saya untuk menyediakan terjemahan lagu itu dalam bahasa Inggeris."[3]

Komposisi[sunting | sunting sumber]

"Tiada Akhir" ialah lagu yang berdurasi selama 2 minit dan 44 saat dengan temponya berentak balada piano dengan latar belakang taburan air hujan.[4]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Dalam ulasan retrospektif untuk PopMatters, Adriane Pontecorvo mengulas: ""Tiada Akhir" ialah sebuah karya pesona piano, hujan, dan suara Yuna di belukar yang paling tinggi, bergema dalam ribut yang tenang - Yuna dengan bangga menyuarakan identitinya dengan mengambil langkah berani, mudah menyanyi lagu dalam bahasa Melayu pribumi. Pendek dan sesungguhnya, ia sebuah lagu dalam Rouge sebagai album Yuna yang paling maju setakat ini dan model muzik pop yang terus membawa dunia yang lebih besar,".[5]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[6]
  1. "Tiada Akhir" – 2:44

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Milica P. (7 April 2019). "Yuna Retreats To Her Malaysian Roots On "Forevermore"". Hotnewhiphop. Dicapai pada 15 April 2019.
  2. ^ Isabelle Leong (18 May 2019). "Kreativiti tahap maksima! Yuna gayakan sanggul lintang pada kulit album 'Rouge'". Astro Awani. Dicapai pada 19 May 2019.
  3. ^ Tinta muzik Yuna Diarkibkan 2019-07-23 di Wayback Machine Kosmo! (20 Julai 2019). Dicapai pada 23 Julai 2019.
  4. ^ Chanun Poomsawai (28 Julai 2019). On her own terms Bangkok Post. Dicapai pada 30 Julai 2019. "From Myspace to global pop stardom, the evolution of Malaysian singer-songwriter Yuna reaches its peak with Rouge, her sleek new LP featuring the likes of Tyler, the Creator, Kyle, and Little Simz".
  5. ^ Adriane Pontecorvo (12 July 2019). "Yuna Embraces Her Global Pop Superstar Status on 'Rouge'". PopMatters. Dicapai pada 13 July 2019.
  6. ^ "Rouge". iTunes. 16 May 2019. Dicapai pada 16 May 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]