Places To Go

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Places To Go"
Single promosi oleh Yuna
daripada album Chapters
Dilancarkan pada19 Februari 2016
FormatMuat turun digital
GenrePop, R&B, hip hop
Panjang3:38
SyarikatThe Verve Music Group
PenulisYunalis Zarai, Christopher Martin, Eric Barrier, William Griffin
PenerbitDJ Premier
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Places To Go" ialah lagu nyanyian Yuna sebagai trek 11 untuk album studio keenam Chapters.[1] Ia dicipta dan ditulis oleh Yuna, Christopher Martin, Eric Barrier, William Griffin dan diterbitkan oleh DJ Premier.[2] Lagu ini dikeluarkan sebagai single promosi untuk edisi deluxe album Chapters pada 19 Februari 2016 oleh Verve Records.[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Februari 2016, "Places to Go" diumumkan secara rasmi oleh Yuna di laman mikro Twitter beliau[4] dan dikeluarkan sebagai single promosi untuk album LP ketiga Yuna di Amerika Syarikat yang dijangka akan dikeluarkan pada 20 Mei 2016,[5] ia berkisarkan mengenai luahan emosi yang dilalui setiap insan.[6] Menurut Yuna dalam satu e-mel yang dikirim kepada portal The Fader: ""Places to Go" ialah lagu yang berkisarkan tatkala anda membesar dan menjadi insan yang anda ingin mahukan. Ada ketika, kita akan lalui semua ini dan ia mengubah diri terutama apabila kita berdepan dengan kesukaran untuk mendepani cabaran".[a][7] DJ Premier menyifatkan vokal Yuna amat sesuai dengan melodi lagu itu.[8]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi "Places to Go" dikeluarkan pada 9 Mac 2016 di saluran Vevo rasmi Yuna[9] dan diarahkan oleh Zev Schmitz dan Calvin Callaway, menggunakan konsep gerak perlahan.[10]

Video muzik bermula dengan intro di mana Yuna mengenang tentang hari-harinya sebelum menjadi sensasi antarabangsa: "Ketika zaman muda saya, saya akan pergi ke lapangan terbang dengan rakan-rakan saya dan keluar pada jam 2 pagi, 3 pagi pada waktu pagi dan hanya bersuara sehingga matahari terbit menonton pesawat terbang dan terbang, duduk di sana dan bermimpi tentang bagaimana satu hari yang akan jadilah kita dalam penerbangan itu. Kami akan menjadi salah satu daripada orang-orang dengan tempat untuk dituju."[b] Video muzik difilemkan dalam format hitam dan putih, menunjukkan Yuna berjalan dalam gerak perlahan, seolah-olah melarikan diri dari segala kesakitan dan kebimbangannya tanpa mempedulikan dunia.[11]

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

Yuna menyanyikan "Places To Go" secara langsung buat kali pertama dalam rancangan #FlyFM Stripped di saluran YouTube Fly TV pada 29 Mei 2016.[12]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[13]
  1. "Places To Go" – 3:33

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Amerika Syarikat 19 Februari 2016 Muat turun digital[13]
Penstriman digital[14]
Verve Music Group

Catatan penjelasan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asal: “'Places to Go' is a song about when you’re growing into the person that you’re meant to be. Sometimes you go through all these things that will change you as a person and you find it hard to deal with all of these challenges,”
  2. ^ Asal: “When I was younger I would go to the airport with my friends and drive out at 2AM, 3AM in the morning and just hang out until sunrise watching planes fly in and fly out, just sit there and dream about how one day that’s going to be us in those flights. We’re gonna be one of those people with places to go.”

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Yuna Takes Us Along On Her Journey In 'Places To Go'". SoulBounce. 9 Mac 2016. Dicapai pada 16 April 2016.
  2. ^ "'Yuna' releases new single with 'DJ Premier' – "Places To Go" and announces new album and tour". Good Music. 21 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-26. Dicapai pada 26 April 2016.
  3. ^ Faidzur Redza (21 Februari 2016). "Yuna announces her new album with the DJ Premier and her new single release, "Places to Go"". Masses. Dicapai pada 16 April 2016.
  4. ^ "TODAY! Listen to Places To Go here @thefader". Twitter. 19 Februari 2016. Dicapai pada 26 April 2016.
  5. ^ Nizam Bakeri (21 Februari 2016). "Places to Go tampil kolaborasi Yuna dan penerbit hip hop lagenda, DJ Premier". Astro Awani. Dicapai pada 14 April 2016.
  6. ^ Zaidi Mohamad (21 Februari 2016). "Kolaborasi Yuna-DJ Premier hasilkan 'Places To Go'". Berita Harian. Dicapai pada 16 April 2016.
  7. ^ Rawiya Kameir (19 Februari 2016). "Yuna announces a new album with the DJ Premier-produced "Places to Go"". The Fader. Dicapai pada 14 April 2016. The Malaysian singer-songwriter’s forthcoming third LP Chapters will be out on May 20’ she'll hit the road this spring for a U.S. tour.
  8. ^ Farhana Ab Rahman (27 Februari 2016). "Yuna perkenal single pertama bersama DJ Premier". Berita Harian. Dicapai pada 26 April 2016.
  9. ^ Luis Palanco (9 Mac 2016). "Yuna debuts "Places to Go" video". Billboard. Dicapai pada 14 April 2016.
  10. ^ "Yuna "Places to Go"". Beehy. 25 Mac 2016. Dicapai pada 16 April 2016. When the name Yuna first started making its rounds, many disregarded her music as something extraneous to local music. They soon had to admit being hasty with their scepticism.
  11. ^ "Yuna unveils classy monochromatic music video, "Places to Go"". The Hive Asia. 12 Mac 2016. Dicapai pada 16 April 2016.
  12. ^ Fly FM (29 Mei 2016). "Yuna - Places To Go #FlyFMStripped". Dicapai pada 29 Mei 2016.
  13. ^ a b "Places to Go – Single – Yuna". iTunes Store (MY). Apple. 20 Mei 2016. Dicapai pada 16 April 2017.
  14. ^ "Places to Go, a song by Yuna". Spotify. 20 Mei 2016. Dicapai pada 16 April 2017.