Times New Roman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Times New Roman-sample.svg
Kategori Serif
Pengelasan Peralihan
Pereka Victor Lardent
Ditauliahkan oleh The Times
Faundri Monotype
Tarikh pengeluaran 1931
Lesen Perisian
Perbandingan saiz dan penjarakan muka taip Georgia dan Times New Roman.
Contoh muka taip Times Roman.

Times New Roman merupakan sejenis muka taip serif yang ditauliahkan oleh akhbar British The Times pada tahun 1931, dicipta oleh Victor Lardent dari cawangan Monotype di England,[1] ekoran sebuah rencana yang dikarang oleh Stanley Morison yang menyelar pihak The Times kerana tidak dicetak dengan kemas dan masih di takuk lama dari segi tipografi.[2] Muka taip ini diselia oleh Morison dan dilukis oleh Victor Lardent, seorang pelukis dari jabatan pengiklanan The Times. Morison menggunakan muka taip Plantin sebagai asas reka bentuknya, kemudian membuat pengubahsuaian demi kemudahan membaca serta menjimatkan ruang. Hasil semakan Morison ini menjadi Times New Roman dan digunakan buat julung kalinya dalam surat khabar The Times keluaran 3 Oktober 1932.[3] Setahun selepas itu, Times New Roman dipasarkan secara komersil. The Times menggunakan Times New Roman selama 40 tahun, namun oleh sebab teknik pengeluaran baru serta peralihan format dari terbitan lebar sehelai ke tabloid pada tahun 2004, akhbar tersebut menukar muka taip lima kali sejak tahun 1972. Walaupun demikian, kesemua fon baru itu merupakan bentuk kelainan Times New Roman. Sesetengah pakar percaya bahawa reka bentuknya berasaskan suatu muka taip ciptaan William Starling Burgess,[4] namun teori ini masih dipertikaikan.[5]

Disebabkan kelarisannya, muka taip ini telah mempengaruhi perkembangan muka taip serif yang lain sebelum dan selepas bermulanya zaman fon digital. Misalnya, Georgia yang ditunjukkan di sebelah kanan, mempunyai bentuk lejang yang amat serupa dengan Times New Roman tetapi serifnya lebih lebar.

Walaupun tidak lagi dipakai oleh The Times, namun Times New Roman masih laris digunakan dalam pencetakan bahan bacaan. Terutama sekali oleh sebab diguna pakai dalam keluaran Microsoft, ia telah menjadi salah satu muka taip yang paling terkenal sepanjang zaman.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Loxley, Simon (2006). Type: the secret history of letters. I. B. Tauris & Co. Ltd. pp. 130–131. ISBN 1-84511-028-5. 
  2. Carter, H. G. (2004). ‘Morison, Stanley Arthur (1889–1967)’. Oxford Dictionary of National Biography,. rev. David McKitterick. Oxford University Press,. 
  3. TYPOlis: Times New Roman
  4. Parker, Mike (1994). "W. Starling Burgess, Type Designer?". Printing History. 31/32: 52–108. 
  5. Alas, Joel (2009-08-01). "The history of the Times New Roman typeface". Financial Times. Diperolehi pada 2009-08-26. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]