Timulak Kapal Perang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Timulak Kapal Perang (terjemahan "Bertolak Kapal Perang") ialah sebuah novel karya Azmah Nordin. Novel ini mengisahkan tentang kehidupan pada zaman penjajahan Inggeris di Inanam, Borneo Utara atau kini negeri Sabah.


[sunting] Sinopsis

Andayu, Unong, Suri dan Sirah adalah anak-anak gadis di daerah Inanam yang berani dan bersemangat waja dalam menentang penjajah Inggeris. Mereka berjuang bersama-sama dengan pejuang yang lain di bawah pimpinan Penghulu Inanam, iaitu Paduka Mat Salleh. Penduduk Inanam tidak senang dengan tindak-tanduk penjajah Inggeris yang memaksa mereka membayar cukai. Dalam pertempuran dengan pihak Inggeris di Pulau Gaya, pengikut Paduka Mat Salleh berjaya menewaskan pihak Inggeris.

Pihak Inggeris kemudiannya bertindak balas dengan membakar harta benda orang kampung. Selepas itu, pihak Inggeris menyerang kubu kuat Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu pula.

Dalam pertempuran tersebut, banyak askar upahan Inggeris yang mati. Namun, Paduka Mat Salleh mengarahkan para pengikutnya supaya berundur ke tempat yang lebih selamat. Dia ingin menyusun strategi pertempuran bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak Inggeris kelak.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan