Tingkap kuasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suis tingkap kuasa antara tempat duduk hadapan, termasuk suis 'pengunci' (2005 Saab 9-5).

Tingkap kuasa adalah tingkap kereta kawalan elektrik yang boleh dinaikkan atau diturunkan sengan menggunakan butang atau suis, berlawanan dengan tingkap kendalian engkol tangan manual.

Tingkap kuasa pertama mula diperkenalkan sekitar 1946 oleh Lincoln. [1] Ia digerakkan oleh motor elektrik yang tersembunyi di dalam pintu, rekaan yang seterusnya diterima industri sejagat. Sebelum itu, beberapa tingkap kuasa terawal menggunakan kuasa hidraulik ataupun tekanan hampagas enjin. Pada tahun 1950-an, tingkap kuasa elektrik juga digunakan pada tingkap belakang, di kebanyakan model kereta estet.

Dalam pemasangan lazim, terdapat suis tunggal pada setiap tingkap serta satu set suis pada pintu pemandu, membolehkan pemandu mengawal kesemua tingkap. Walau bagaimanapun, sesetengah model kereta seperti Saab dan Holden menempatkan suis tingkap kuasa di konsol tengah, di mana ia boleh dicapai oleh kesemua penumpang. Dalam kes ini, suis pada pintu tidak lagi diperlukan.

Tingkap kuasa biasanya tidak boleh berfungsi apabila kunci penghidup dimatikan. Walau bagaimanapun, sesetengah model kereta moden mempunyai ciri lengahan masa, mula diperkenalkan oleh Cadillac pada tahun 1980-an, dipanggil kuasa aksesori dikekalkan. Ia membolehkan tingkap kuasa serta beberapa aksesori lain digunakan dalam jangka masa pendek seperti 10 minit selepas enjin dimatikan. Satu lagi inovasi yang agak baru, diterokai oleh Nissan pada masa yang hampir sama[perlu rujukan], ialah tingkap turun ekspres, yang membolehkan tingkap diturunkan sepenuhnya dengan sekali tekan suis, tidak seperti tingkap kuasa biasa yang memerlukan pengguna menekan suis dan mengekalkannya sehingga tingkap turun.

Tingkap kuasa masih terdapat kelemahan ketara setelah terdapat beberapa kemalangan maut di mana leher kanak-kanak terperangkap, menyebabkannya tercekik. Sesetengah reka bentuk menempatkan suis tingkap kuasa pada alas tangan di mana kanak-kanak mudah tertekan suis tersebut secara tidak sengaja untuk menghulurkan kepala mereka ke luar tingkap. Untuk mencegahnya, kebanyakan kereta dilengkapi suis penguci kawalan pemandu, menyebabkan penumpang belakang (biasanya kanak-kanak kecik) daripada tertekan suis secara tidak sengaja. Ia juga mengelakkan kanak-kanak daripada menjadikan suis tingkap kuasa sebagai alat permainan.

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat dikatakan sedang merangka peraturan baru keselamatan tingkap kuasa, tetapi tarikh pengenalannya masih belum diumumkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]