Tipografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hasil tipografi

Tipografi atau bahasa Inggeris Typography (berasal dari kata bahasa Greek typos = bentuk dan graphein = menulis) merupakan teknik dan seni mengatur huruf menggunakan gabungan bentuk huruf cetak, saiz fon, ketebalan garis, garis pandu (line leading), jarak aksara, dan ruang huruf untuk menghasilkan hasil seni aturan huruf dalam bentuk fizikal atau digital. Matlamat utama tipografi adalah mengatur teks (isi) dalam bentuk yang mudah dibaca dan menarik dipandang.

Tipografi dihasilkan melalui pengatur huruf, jurutipografi, artis grafik, pengarah seni dan pekerja perkeranian. Ia pernah merupakan pekerjaan khusus, tetapi penggunaan komputer telah membuka ruang bagi pengguna biasa dan pereka visual generasi baru.

Tipografi teks[sunting | sunting sumber]

Dalam tipografi tradisi, teks digubah untuk membentuk sesuatu yang menarik dibaca, dianalisis dan nampak memuaskan, tanpa disedari pembaca. Taburan sekata dengan gangguan dan kejanggalan minimum merupakan kunci jelas dan heningnya teks.

Pemilihan fon barangkali merupakan aspek utama tipografi teks — tulisan fiksyen prosa, bukan fiskyen, rencana pengarang, pendidikan, keagamaan, saintifik dan komersil semuanya mempunyai ciri-ciri dan keperluan yang berbeza. Untuk bahan sejarah, fon yang telah bertapak sering kali dipilih mengikut skim genre sejarah, dengan pertindihan penting antara zaman sejarah.

Susun atur teks, nada atau warna set adalah penting, dan mainan teks dengan ruang putih halaman dan unsur grafik lain bergabung untuk memberika "rasa" atau "gema" kepada isi. Dengan media cetak, jurutipografi juga mengambil berat tentang birai kulit, pemilihan kertas dan cara cetakan.

Tipografi bergantung kepada ortografi dan linguistik, struktur dan kekerapan perkataan, morfologi, binaan fonetik dan sintaksis linguistik. Tipografi juga bergantung kepada budaya (bahasa, negara). Sebagai contoh, adalah menjadi kebiasaan di Perancis bagi meletakkan ruang tak-terputus (non-breaking space) sebelum titik bertindik (:) atau koma bertitik (;) dalam ayat, dan tidak dalam bahasa Melayu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bringhurst, Robert (2002). The Elements of Typographic Style (versi 2.5). Vancouver: Hartley & Marks. ISBN 0-88179-133-4.
  • (Perancis) Lexique des règles typographiques en usage à l'Imprimerie nationale, Imprimerie nationale, 2002, ISBN 2-7433-0482-0, untuk tipografi Perancis

Pertubuhan berkaitan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]