Titian Cinta (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Titian Cinta
Umum
PengarangRidhya Iman
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitIdea Kreatif
Tarikh penerbitan
30 September 2013
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman841
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789671192542

Titian Cinta ialah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Ridhya Iman. Novel ini diterbitkan pada September 2013 oleh Idea Kreatif. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2017.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Titian Cinta dikeluarkan pada 2013 oleh Idea Kreatif. Pada tahun 2017, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 10 Julai 2017 di TV3, dibintangi oleh Farah Nabilah dan Zul Ariffin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Titian Cinta by Ridhya Iman Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2018.