Tom Franco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tom Franco
Kelahiran
Thomas Andrew Franco

(1980-04-14) 14 April 1980 (umur 44)
PekerjaanArtis, pelakon
Tahun aktif1990–kini
PasanganJulia Lazar (2014; kematian Lazar)
Iris Torres (sejak 2015)
Anak-anakEgg Tillert
(2000-07-03) 3 Julai 2000 (umur 23)
SaudaraJames Franco (abang)
Dave Franco (adik)

Thomas Andrew Franco (lahir 14 April 1980) merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat,[1] artis dan pengasas Firehouse Art Collective di Berkeley, California.[2] Beliau merupakan adik kepada pelakon James Franco dan Dave Franco.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Franco dilahirkan di Palo Alto, California. Ibu beliau, Betsy Lou (née Verne), merupakan seorang penulis dan pelakoni.[perlu rujukan] Bapa beliau, Douglas Eugene Franco (m. 2011), mengusahakan sebuah perniagaan,[4][5] dan juga merupakan seorang "usahawan filantropi".[6] Bapa beliau berdarah Portugis dan Sweden.[7] Ibunya pula berdarah Yahudi Rusia; ibu bapanya terpaksa menukar nama keluarga dari "Verovitz" kepada "Verne".[8] Franco merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik; abang sulungnya, James Franco merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan artis; manakala adiknya, Dave Franco pula seorang pelakon. Mereka dibesarkan di Palo Alto.[6]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Franco tamat belajar di Sekolah Tinggi Palo Alto, kelas 1998.[9] Pada tahun 2002, beliau tamat belajar di Universiti California, Santa Cruz dalam seni halus,[9] dan kemudiannya mendaftar di Kolej Seni California di Oakland, California, dalam bidang seramik.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Franco mula berlakon secara profesional menerusi filem komedi seran, Basket Case 2 (1990). Beliau kemudiannya muncul dalam A Peace of History (2005) dan The Devil Wears a Toupee (2007).[10]

Franco merupakan pengasas dan pengarah bersama Berkeley’s Firehouse Art Collective.[6] Beliau berkongsi jawatan dengan isterinya, Julia Lazar Franco yang meninggal dunia pada tahun 2014.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Isteri Franco, Julia Lazar Franco (1957–2014),[11] yang bekerja dengannya telah meninggal dunia akibat kegagalan hati[12] dan masalah buah pinggang. Kedua-dua mereka telah berkahwin di solarium hospital kira-kira sebulan sebelum kematian Lazar.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Meet Tom Franco: The Franco brother you (probably) never knew about". News.com.au. Dicapai pada 22 September 2015.
  2. ^ "Alumnus Tom Franco brings his collaborative art culture to UC Santa Cruz". University of California, Santa Cruz. Dicapai pada 22 September 2015.
  3. ^ "My Day With the Franco Brothers". The Huffington Post. Dicapai pada 22 September 2015.
  4. ^ Finn, Natalie (October 4, 2011). "James Franco's Father Dies at 63". E! Online. Dicapai pada March 25, 2012.
  5. ^ Who's who of emerging leaders in America. Marquis Who's Who Inc. 1991. ISBN 0-8379-7202-7.
  6. ^ a b c d Fletcher, Ethan (21 September 2012). "Tom Franco : Renaissance man sparks life into the East Bay art scene". Diablo Magazine. Dicapai pada 22 September 2015.
  7. ^ "James Franco", Inside the Actors Studio, December 7, 2010.
  8. ^ "Dave Franco and Conan O'Brien Discuss Shalom Life's JILF List". ShalomLife.com. Dicapai pada 2014-08-24.
  9. ^ a b "Tom Franco". MISSION CLAY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-09.
  10. ^ "James Franco Joined by His 2 Brothers in 'The Disaster Artist'". TheWrap (dalam bahasa Inggeris). 2016-01-25. Dicapai pada 2017-09-25.
  11. ^ "Julia Lazar Franco (1957–2014)". FindAGrave.com. Dicapai pada 4 January 2016.
  12. ^ Shensa, Jonathan (3 August 2014). "Help Save The Life of Bay Area Artist Julia Lazar-Franco". The Outsider's Guide to the Inside of Hollywood. Dicapai pada 4 January 2016.
  13. ^ "Firehouse Art Collective". Facebook. 7 November 2014. Dicapai pada 4 January 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]