Torpedo APR-3E

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Torpedo APR-3E pandu tuju akoustik peperangan anti-kapal selam ringan bawaan udara yang direka oleh Syarikat Pelu Berpandu Taktikal ("Tactical Missiles Corporation") JSC Russia bagi menyerang kapal selam masa kini atau masa hadapan pada kedalaman dari permukaan sehingga 800 meter pada kelajuan sehingga 43+ knot, dan ia merupakan pengganti bagi torpedo pandu tuju akoustik anti kapal selam ringan APR-2 sebelumnya.


Torpedo APR-3E pandu tuju akoustik ASW ringan bawaan udara direka bagi dibawa oleh pelbagai pesawat pelantar sayap kekal atau kipas berputar termasuk Tu-142, Il-38, Ka-28 dan pesawat lain. Torpedo ini memerlukan sekurang-kurangnya 100 meter kedalaman air bagi pelepasan udara awal dan boleh digunakan dalam keadaan laut sehingga tahap 6.

Sebaik sahaja memasuki air, permukaan kawalan torpedo membolehkan torpedo untuk bergerak dalam laluan lingkaran dengan bantuan graviti tanpa menghidupkan enjin. Pada peringkat ini, pencari akustik pada torpedo mula menjejak sasaran. Setelah sasaran dikenal pasti, enjin dihidupkan dan enjin roket bahan dorong pepejal memastikan sasaran memiliki hampir sangat sedikit atau tiada masa untuk bertindak balas, sekali gus meningkatkan kebarangkalian membunuh.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

  • Designation: Torpedo ringan ASW APR-3E (Pengilang menggelar senjata sebagai misile sebaliknya)
  • Manufacturer: Region Scientific and Production Enterprise JSC division of the Tactical Missiles Corporation Joint Stock Co.
  • Speed: > 56 knot
  • Range: > 3 km
  • Diameter: 350 mm
  • Length: 3.685 m
  • Weight: 525 kg (tambahan 25 kg bagi tambahan untuk pemasangan pesawat terbang)
  • Propulsion: solid-propellant rocket-powered turbo-waterjet
  • Fuze: hentaman dan jarak
  • Warhead: 74 kg
  • Seeker: akoustik
  • Seeker range: 1.5 km – 2 km
  • Maximum target speed: > 43 kn
  • Users: Russia membeli sejumlah kecil APR-3E bagi tentera lautnya, sementara China dilaporkan merupakan pelanggan eksport pertamanya apabila APR-3E merupakan sebahagian dari pakej pembelian pesawat ASW Be-200.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]