Peperangan anti-kapal selam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peperangan anti-kapal selam adalah satu cabang peperangan laut yang menggunakan kapal-kapal laut, pesawat udara dan lain-lain set untuk mencari, menjejak dan seterusnya memusnahkan kapal selam musuh. Peperangan anti-kapal selam dicirikan oleh penggunaan teknologi terkini dan perlaksanaan pergerakan dan percaturan yang memerlukan banyak kesabaran dan ketekunan di pihak mereka yang memburu dan mereka yang diburu.

Pegaai di anjung kapal pembinasa yang menjadi pengiring konvoi menggunakan teropong untuk mencari dan mengesan kehadiran kapal-kapal selam semasa Pertempuran Atlantik, Oktober 1941
Bom “depth charge” dipasang kepada senjata di atas kapal korvet HMS Dianthus, 14 Ogos 1942
Lampu Leigh dipasangkan kepada sebuah pesawat Liberator dari Markas Gerangan Pantai Tentera Udara Diraja Britain, 26 Februari 1944
Hedgehog, sejenis mortar anti-kapal selam dengan 24 laras meriam dipasangkan di bahagian haluan kapal pembinasa HMS Westcott
Pesawat Vought SB2U dari USS Ranger terbang menjalankan misi anti-kapal selam mengiringi konvoi WS12 dalam perjalanan ke Capetown, 27 November 1941

Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia I, kapal selam muncul sebagai satu ancaman baru kepada tentera-tentera laut yang terlibat. Sebelumnya, penggunaan kapal selam terhad kepada operasi berdekatan pantai dan hanya di dalam keadaan cuaca baik. Kapal selam pula bersaiz kecil dan tidak mempunyai keupayaan belayar dan beroperasi untuk jangka masa yang lama.

Kapal Selam Sebagai Senjata Bahaya[sunting | sunting sumber]

Keadaan ini berubah setelah sistem diesel elektrik mula digunakan untuk menujah kapal selam. Diesel lebih selamat digunakan dan tidak mudah terbakar, berbanding dengan petrol dan lain-lain bahan api. Keadaan ini membolehkan beberapa tentera laut untuk membina kapal selam yang lebih besar dengan keupayaan belayar dan beroperasi untuk jangka masa yang lebih lama di laut lepas.

Sungguhpun demikian, kapal selam biasanya menggunakan enjin diesel dan belayar di atas permukaan laut sambil mengecas baterinya. Kapal selam hanya menyelam apabila hendak menyerang sasaran musuh ataupun apabila mengesan kehadiran kapal-kapal perang musuh di kawasan berdekatan.

Kemunculan Teknologi dan Taktik Baru[sunting | sunting sumber]

Untuk menangani ancaman baru ini, kapal-kapal kecil yang dilengkapi dengan meriam digunakan. Oleh kerana peperangan anti-kapal selam satu bidang baru ketika itu, mereka yang melaksanakan peperangan anti-kapal selam bergantung kepada nasib untuk mencari dan memusnahkan kapal selam.

Pendekatan pertama untuk mempertahankan kapal daripada serangan kapal selam adalah menggunakan jaring dawai rangkai seperti dawai pagar yang digantungkan di tepi kapal-kapal perang sebagai perlindungan daripada serangan torpedo. Jaring sepertinya juga direntangkan di laluan masuk pelabuhan ataupun pangkalan tentera laut untuk menghalang kapal selam daripada memasuki pelabuhan ataupun untuk menghalang torpedo dilepaskan ke arah kapal-kapal di pelabuhan.

Penggunaan hidrofon, sejenis mikrofon untuk kegunaan di dalam air membolehkan kapal perang mendengar bunyi yang dibuat oleh kapal-kapal selam. Pada 23 April 1916, kapal selam UC-3 telah ditenggelamkan dengan bantuan pengesanan menggunakan alat hidrofon. Serangan ini juga pertama kalinya menggunakan bom laut dalam (depth charge) dengan jayanya.

Pada awal tahun 1917, Tentera Laut Diraja British selesai membangunkan sistem gelung penunjuk (indicator loop) [1]. Sistem ini menggunakan kabel-kabel panjang yang dipasangkan di dasar laut dan boleh mengesan perubahan dalam medan magnet bumi apabila sesebuah kapal selam melalui kawasan berdekatan. Sistem ini digunakan bersekali dengan periuk api yang dikawal daripada darat, peletupannya dikawal oleh stesen darat apabila mengesan perubahan di galvanometer menandakan perubahan dalam medan magnet (ini menunjukkan kemungkinan ada kehadiran kapal selam di kawasan tersebut.) Pesawat laut dan belon kapal udara (airship) juga digunakan untuk kerja-kerja meronda kawasan laluan kapal selam dan kawasan laluan konvoi.

Pada 15 September 1916 Leftenan Zelezny dari pasukan udara Austria yang menggunakan pesawat laut jenis Lohner berjaya menenggelamkan kapal selam British B-10. Tidak berapa lama kemudian, Foucault, sebuah kapal selam Perancis ditenggelamkan oleh dua buah pesawat laut Lohner yang juga diketuai oleh Leftenan Zelezny.

Sonar dengan hidrofon yang diturunkan ke dalam laut di bawah paras permukaan muncul kegunaannya pada pengakhir Perang Dunia I tetapi pembangunannya ditinggalkan tidak ;lama selepas tamat perang. [1]

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Kemunculan Semula Kapal Selam Unterseeboot Jerman Sebagai Senjata Bahaya[sunting | sunting sumber]

Kapal selam Type VII Jerman yang banyak Digunakan Semasa Perang Dunia II

Peperangan Anti-anti kapal selam menjadi komponen utama Pertempuran Atlantik. Negara Jerman mempunyai pasukan kapal selam yang paling besar di dunia ketika itu. Kriegsmarine yang dihadkan bilangan kepada 6 buah kapal perang besar kurang daripada 10,000 tonne, buah kapal kruiser dan 12 kapal pembinasa oleh Perjanjian Versailles mengatasi masalah kekangan ini dengan membina kapal selam (Unterseeboot) yang tidak dikawal pembinaannya.

Winston Churchill, Perdana Menteri Britain menulis “satu-satunya perkara yang menakutkan saya adalah ancaman kapal selam”. Di peringkat awal perang, kapal selam Jerman amat berkesan memusnahkan kapal-kapal negara-negara Berikat di Lautan Atlantik sehinggakan ke Kanada dan Teluk Mexico. Kapal selam Jerman juga beroperasi sehinggakan ke kawasan Artik dan sejauh Afrika Selatan dan Pulau Pinang.

Kekangan kelajuan dan jarak pelayaran di bawah permukaan laut menggunakan kuasa bateri memaksa kapal selam belayar di atas permukaan laut dan menggunakan enjin diesel untuk kebanyakan masa. Kapal selam hanya menyelam apabila hendak membuat serangan ataupun apabila hendak melarikan diri daripada serangan musuh.

Serangan kapal selam Jerman kebanyakannya dibuat pada waktu malam semasa kapal selam berada di atas permukaan laut. Ketika ini pihak Berikat masih belum mempunyai taktik berkesan memerangi kapal selam, dan ketika ini dikenali oleh krew kapal selam Jerman sebagai masa bergembira (Happy time).

Pertempuran Atlantik[sunting | sunting sumber]

Sebuah Kapal Pengangkut Minyak Meletup Terkena torpedo

Semasa Perang Dunia II, ancaman dari kapal selam muncul semula, khususnya dalam perkhidmatan Kriegsmarine, angkatan laut Jerman dan Tentera Laut Amerika Syarikat. Ancaman kapal selam amat bahaya bagi negara-negara kepulauan seperti Britain dan Jepun yang bergantung kepada pengimportan bahan makanan, minyak dan bahan perang mentah melalui jalan laut. Sungguhpun ancaman demikian, Britain dan Jepun pada awalnya tidak membuat persediaan mencukupi untuk menangani masalah ancaman kapal selam. Pembangunan untuk senjata anti-kapal selam juga tidak diberatkan (khususnya selepas tamat Perang Dunia I). (Ketidaksediaan ini bukan hanya terhad kepada Britain dan Jepun, malahan merupakan satu kelemahan yang meluas termasuk Amerika Syarikat dan Rusia.)

Britain hampir tewas apabila serangan oleh kapal-kapal selam Jerman ke atas konvoi yang membawa bahan bekalan ke Britain berjaya menenggelamkan banyak daripada kapal-kapal yang bahan mentah yang dihantar. Ketidaksediaan Britain memaksa mereka meminta dipindahkan penggunaan 50 buah kapal pembinasa yang sudah usang untuk kegunaan rondaan anti kapal selam (sebagai balasan, Amerika Syarikat diberikan hak penggunaan beberapa pangkalan untuk kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Tekonologi dan Sistem Untuk Mengatasi Bahaya Kapal Selam[sunting | sunting sumber]

ASDIC[sunting | sunting sumber]

Hedgehog[sunting | sunting sumber]

Sistem Konvoi[sunting | sunting sumber]

Teknologi yang digunakan[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak jenis teknologi yang digunakan dalam perperangan anti kapal selam moden:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Price, Alfred. Aircraft versus the Submarine. London: William Kimber, 1973.
  • Parillo, Mark. Japanese Merchant Marine in World War II. Annapolis: U.S. Naval Institute Press, 1993.
  • Blair, Clay, Silent Victory . Philadelphia: Lippincott, 1975.
  • Lanning, Michael Lee (Lt. Col.), Senseless Secrets: The Failures of U.S. Military Intelligence from George Washington to the Present, Carol Publishing Group, 1995
    • Price, Alfred, Aircraft versus the Submarine (William Kimber, 1973)