Trakehner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Trakehner

Seekor Trakehner melakukan dressage
Negara asal: Prusia
Standard baka
Trakehner Verband: Standard baka
Kuda (Equus ferus caballus)

Trakehner merupakan sejenis baka kuda ringan dan berdarah suam, asalnya dicipta di ladang baka milik negeri Prusia Timur di bandar Trakehnen yang meminjamkan namanya kepada baka tersebut. Daftar bakanya (Hauptgestüt Trakehnen) ditubuhkan pada tahun 1731 dan dikendalikan hingga tahun 1944 apabila Perang Dunia Kedua menyebabkan Prusia Timur diilhakkan oleh Rusia, maka bandar yang menamai baka ini ditukar namanya kepada Yasnaya Polyana.

Kuda Trakehner tingginya 15.2 ke 17 tangan (62 ke 68 inci, 157 ke 173 cm). Warna bulunya pelbagai, terutamanya bay, kelabu, berangan dan hitam, tetapi ada sebilangan kecil yang berwarna pinto tobiano dan roan. Ia dianggap sebagai yang paling ringan dan paling tertib dari kalangan kuda berdarah suam kerana daftar baka tertutupnya hanya membenarkan penyertaan Trakehner, serta beberapa kuda keturunan Thoroughbred, Inggeris Arab, Shagya dan Arab.

Rujukan[sunting | sunting sumber]