Prusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Preußen
Prusia
1525–1947
Jata
Bendera (1892–1918) Jata (1701–1918)
Moto
Suum cuique  (bahasa Latin)
Prusia (biru) pada zaman kemuncaknya selaku negeri peneraju Empayar Jerman.
Ibu negara Königsberg, kemudian Berlin
Bahasa Jerman
Agama Protestan
Kerajaan Beraja, demokrasi
Duke1
 - 1525–68 Albert I (pertama)
 - 1688–1701 Frederick III (terakhir)
Raja1
 - 1701–13 Frederick I (pertama)
 - 1888–1918 William II (terakhir)
Perdana Menteri1, 2
 - 1918–20 Paul Hirsch (pertama)
 - 1933–45 Hermann Göring (terakhir)
Zaman bersejarah Eropah moden awal hingga Kontemporari
 - Duchy Prusia April 1525
 - Union with Brandenburg 27 Ogos 1618
 - Kerajaan Prussia 18 Januari 1701
 - Negara Bebas Prussia 9 November 1918
 - Pemansuhan (de facto) 30 Januari 1934
 - Pemansuhan (de jure) 25 Februari 1947
Keluasan
 - 1939 297,007 km2 (114,675 bt persegi)
Kependudukan
 - 1939 est. 41,915,040 
     Kepadatan 141.1 /km2  (365.5 /bt persegi)
Kini sebahagian daripada Jerman, Poland,
Rusia, Lithuania,
Denmark,Belgium,
Republik Czech
1 Ketua negara yang tersenarai disusun dari terawal hingga terakhir sepanjang zaman.
2 Jawatan Ministerpräsident diperkenalkan pada tahun 1792 sewaktu Prussia berpemerintahan raja; perdana-perdana menteri yang disenaraikan merupakan ketua republik Prusia.

Prusia (Bahasa Jerman: Preußen; bahasa Latin: Borussia, Prutenia; Bahasa Latvia: Prūsija; Bahasa Lithuania: Prūsija; Bahasa Poland: Prusy; bahasa Prusia Lama: Prūsa) ialah sebuah negara bersejarah yang berasal dari Duchy Prusia dan Margraviat Brandenburg. Berabad-abad lamanya negeri ini mempengaruhi sejarah Jerman dan Eropah. Ibu negara terakhir Prusia ialah Berlin.

Nama Prusia berasal dari nama Prusia Lama, iaitu sekelompok kaum Baltik yang berkaitan dengan kaum-kaum Lithuania dan Latvia. Pada abad ke-13, "Prusia Lama" ditakluki oleh Kesatria Teuton. Negeri biarawan mereka dijermankan berikutan peristiwa Ostsiedlung. Penyatuan Brandenburg dan Prusia (Brandenburg-Prussia) pada tahun 1618 membawa kepada pengisytiharan Kerajaan Prusia pada tahun 1701.

Prusia menjadi sebuah negeri terpenting pada abad ke-18 dan ke-19. Pada abad ke-18, Prusia menjadi kuasa Eropah yang besar di bawah pemerintahan Frederick Agung (1740–86). Pada abad ke-19, Canselor Otto von Bismarck mengemukakan dasar menyatukan negeri-negeri Jerman menjadi "Jerman Kecil" yang mengecualikan Empayar Austria.

Kerajaan Prussia mendominasi Jerman utara dari segi politik, ekonomi, dan kependudukan, serta menjadi teras Gabungan Jerman Utara yang ditubuhkan pada tahun 1867, lalu menjadi sebahagian Empayar Jerman atau Deutsches Reich pada tahun 1871.

Berikutan akhirnya pemerintahan raja-raja Hohenzollern di Jerman berikutan Perang Dunia I, Prusia menjadi sebahagian Republik Weimar sebagai negara bebas pada tahun 1919. Prusia hilang tarafnya sebagai negara secara de facto oleh Nazi pada tahun 1934 dan secara de jure oleh Kuasa Berikat Perang Dunia II pada tahun 1947.

Semenjak itu, nama Prusia terhad kepada kegunaan sejarah, geografi atau kebudayaan. Kebanyakan orang Prusia percyaa bahawa beberapa "Nilai-nilai Prusia"[1] menjadi salah satu penyumbang kebangkitan negeri mereka, contohnya: organisasi sempurna, disiplin, pengorbanan, kadaulatan undang-undang, patuh kepada yang berkuasa, kebolehpercayaan, toleransi, kehematan, ketepatan masa, kesederhanaan, dan ketekunan. Di hadapan orang bukan Prusia yang dipaksa tunduk kepada negeri tersebut, budaya Prusia menggambarkan kebebasan terbatas, penindasan peribadi dan disiplin birokratik, kepatuhan membuta, keangkuhan kebudayaan dan rasionalisme amoral. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ... the old Prussian virtues were virtues, and remain so. Industry; piety; frugality; self-discipline; physical courage; a capacity for self-subordination to a common cause - Michael Eliot Howard, Michael Howard: The Lessons of History, 1991, Yale University Press, ISBN 0-300-05665-6
  2. [1]Willfried Spohn European East-West Integration,Nation-Building and National Identities - The Reconstruction of German-Polish Relations No. 5/02

Pautan luar[sunting | sunting sumber]