Transit Zuhrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambar transit tahun 2012, (titik hitam pada sukuan kanan atas gambar) diambil oleh kapal angkasa Solar Dynamics Laboratory NASA.

Transit atau peralihan Zuhrah merentasi Matahari berlaku apabila planet Zuhrah bergerak betul-betul di antara Matahari dan Bumi (ataupun planet lain). Pergerakan ini mengkaburi sebahagian kecil cakera suria dan dengan itu membolehkan planet dilihat dengan berlatarbelakangkan cakera tersebut. Sewaktu transit, Zuhrah dapat kelihatan dari Bumi sebagai sebuah cakera hitam kecil yang bergerak merentasi muka Matahari. Tempoh masa transit sedemikian biasanya diukur mengikut jam (transit tahun 2012 mengambil masa 6 jam 40 minit). Transit mirip dengan penghijaban yang berlaku semasa gerhana suria apabila Bulan merentasi Matahari. Walaupun diameter Zuhrah lebih dari tiga kalai ganda diameter Bulan, Zuhrah kelihatan lebih kecil, dan bergerak lebih perlahan semasa merentas muka Matahari, kerana ia lebih jauh dari Bumi.

Transit-transit Zuhrah ialah kejadian astronomi yang dapat diramal yang amat jarang dijumpai.[1] Transit-transit ini berlaku dalam pola yang secara amnya berulang setiap 243 tahun, dengan pasangan transit yang terpisah lapan tahun, dan setiap pasangan dipisah jurang masa yang berpanjangan, yakni 121.5 tahun dan 105.5 tahun. Pola tempoh ini membayangkan hakikat yang kala orbit Bumi dan Zuhrah dekat dengan 8:13 dan 243:395 perbandingan (commensurabilities).[2][3]

Transit Zuhrah terakhir berlaku pada 5 dan 6 Jun 2012. Ini merupakan transit terakhir buat abd ke-21; transit sebelumnya berlaku pada 8 Jun 2004. Pasangan transit sebelum itu berlaku dalam Disember 1874 dan Disember 1882. Transi mendatang akan berlaku pada 10—11 Disember 2117, dan dalam bulan Disember 2125.[4][5][6]

Dari segi sejarah, transit Zuhrah penting untuk sains kerana kejadian-kejadian ini digunakan untuk mendaptkan anggaran realistik tentang saiz Sistem Suria. Pencerapan terhadap transit tahun 1639, digabungkan dengan prinsip paralaks, memberikan anggaran jarak Matahari dari Bumi yang lebih tepat daripada anggaran lain pada masa itu. Transit tahun 2012 memberikan para saintis dengan beberapa peluang penyelidikan, khususnya dalam penggilapan teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikan terhadap eksoplanet.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. McClure, Bruce (29 May 2012). "Everything you need to know: Venus transit on June 5–6". EarthSky. Earthsky communications Inc. Diperoleh pada 2 June 2012. 
  2. Langford, Peter M. (September 1998). "Transits of Venus". La Société Guernesiaise Astronomy Section web site. Astronomical Society of the Channel Island of Guernsey. Diperoleh pada 1 March 2012. 
  3. Shortt, David (22 May 2012). "Some Details About Transits of Venus". Planetary Society web site. The Planetary Society. Diperoleh pada 22 May 2012. 
  4. Westfall, John E. (November 2003). "June 8, 2004: The Transit of Venus". Diarkibkan daripada asal pada 8 August 2007. Diperoleh pada 25 September 2006. 
  5. Westfall, John E. "June 8, 2004: The Transit of Venus". alpo-astronomy.org. Diperoleh pada 8 December 2009. 
  6. Klotz, Irene (6 June 2012). "Venus transit offers opportunity to study planet's atmosphere (+video)". Christian Science Monitor. Diperoleh pada 2012-06-06.