Zuhrah
Zuhrah |
|||||||||||||
| Ciri-ciri orbit | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Epok J2000 | |||||||||||||
| Afelion | 109,941,849 km 0.728 231 28 AU 67,693,488 batu |
||||||||||||
| Perihelion | 108,476,002 km 0.718 432 70 AU 66,782,651 batu |
||||||||||||
| Paksi semimajor | 108,208,926 km 0.723 331 99 AU 67,239,070 batu |
||||||||||||
| Kesipian | 0.008 773 23 | ||||||||||||
| Tempoh qamari | 583.92 hari | ||||||||||||
| Kelajuan purata orbit | 36.020 km/s | ||||||||||||
| Kecondongan | 3.394 71° (3.86° kepada khatulistiwa Matahari) |
||||||||||||
| Longitud nod menaik | 76.670 69° | ||||||||||||
| Argumen perihelion | 54.852 29° | ||||||||||||
| Satelit | Tiada | ||||||||||||
| Ciri-ciri fizikal | |||||||||||||
| Jejari khatulistiwa | 6,051.9 km (0.95 Bumi) |
||||||||||||
| Luas permukaan | 4.60×108 km2 (0.902 Bumi) |
||||||||||||
| Isi padu | 9.38×1011 km³ (0.857 Bumi) |
||||||||||||
| Jisim | 4.8685×1024 kg (0.815 Bumi) |
||||||||||||
| Min ketumpatan | 5.204 g/cm3 | ||||||||||||
| Graviti permukaan khatulistiwa | 8.87 m/s2 (0.904 g) |
||||||||||||
| Halaju lepas | 10.46 km/s | ||||||||||||
| Tempoh putaran ikut bintang | −243.0185 hari | ||||||||||||
| Halaju putaran khatulistiwa | 6.52 km/j (di khatulistiwa) | ||||||||||||
| Kecondongan paksi | 2.64° | ||||||||||||
| Jarak hamal kutub utara | 272.76° (18 jam 11 min 2 saat) 1 | ||||||||||||
| Keserongan kutub utara | 67.16° | ||||||||||||
| Albedo | 0.65 | ||||||||||||
|
|||||||||||||
| Atmosfera | |||||||||||||
| Tekanan atmosfera | 9.3 MPa | ||||||||||||
| Komposisi | ~95.5% Karbon dioksida ~4.5% Nitrogen .015% Sulfur dioksida .007% Argon .002% Wap air .0017% Karbon monoksida .0012% Helium .0007% Neon Surihan karbonil sulfida Surihan hidrogen klorida Surihan hidrogen fluorida |
||||||||||||
|
sunting |
|||||||||||||
Zuhrah (Inggeris: Venus; juga dikenali sebagai Kejora) merupakan planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga. Jika dirujuk pada nama bahasa Inggeris pula, planet ini dinamakan bersempena dewa Venus, dewa cinta Rom. Ia merupakan objek semula jadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.
Isi kandungan |
Sifat fizikal[sunting]
Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama. Walau bagaimanapun, kedua dua planet ini mempunyai sifat yang berbeza. Zuhrah tidak mempunyai lautan, dan diselubungi dengan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida pada peratusan yang tinggi. Atmosfera Zuhrah juga tidak mempunyai wap air dan awan awan di Zuhrah terdiri daripada titisan titisan asid sulfurik. Di permukaan Zuhrah, tekanan atmosferanya 92 kali ganda lebih tinggi daripada tekanan udara Bumi pada permukaan laut.
Zuhrah juga terkenal sebagai planet 'rumah hijau' kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid.
Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.
Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
Saiz dan usia Zuhrah sama seperti Bumi tetapi iklimnya jauh lebih mencabar, dengan suhu sekitar 460 darjah Celsius dan begitu banyak karbon dioksida iaitu gas rumah hijau utama di Bumi.
Fenomena Zuhrah melintasi matahari[sunting]
Pada hari Rabu, 6 Jun 2012 , dari jam 6.09 pagi hingga 12.50 tengah hari, kita boleh melihat planet Zuhrah melintasi matahari . Fenomena ini hanya berlaku 106 tahun lagi.Kali terakhir transsit Zuhrah/Venus ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004, dan ia dijangka akan berlaku lagi pada 10 Disember 2117. Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Baharrudin Zainal menganggap ia sebagai 'acara besar cakrawala' pada abad ini. Planet Zuhrah dilihat mengorbit seakan titik hitam yang merayap di permukaan matahari.
Fenomena Transit Zuhrah ini berlaku apabila matahari, Zuhrah dan bumi berada sejajar di atas satu titik persilangan di antara dua satah orbit bumi dan Zuhrah.Oleh yang demikian, ia akan berlaku secara ulangan selang 8, 105.5, 8 dan 121.5 tahun.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyediakan laman web untuk menyaksikan. Fenomena ini boleh dilihat di seluruh dunia seperti di Quito,Ecuador. Planetarium Negara di Tasik Perdana, Kuala Lumpur menyediakan 9 teleskop dan 1 solarskop bagi kegunaan orang ramai melihat keajaiban alam ini.[1] Unit Falak UniSZA mencerap fenomena ini di Lapang Sasar Memanah, Kampus Gong Badak.
Lau Chen Chen dari Agensi Angkasa Negara melarang orang ramai melihat matahari secara terus kerana boleh merosakkan mata. kaca mata gerhana dan menggunakan teleskop atau binokular yang direka khas untuk Matahari. Gunakan teleskop, kamera dan binokular yang dilengkapi dengan penuras suria yang selamat serta menggunakan kaedah pantulan terus melalui teleskop, binokular atau cermin.[2]
Saiz Zuhrah 1/32 berbanding matahari, planet Zuhrah hanya menutup tiga peratus dari keseluruhan permukaan matahari tetapi tidak menjejaskan bentuk dan cahayanya. Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, apabila melihatnya dalam keadaan 'bulatan hitam kecil' melintas di permukaan matahari, kita bagaikan sedang melihat begitulah kerdilnya bumi yang kita huni dari kedudukan 42 juta kilometer.[3]
Robot Jepun gagal ke Zuhrah[sunting]
Pada 8 Disember 2010, robot Akatsuki menjadi satelit pertama Jepun yang mengorbit planet lain selain Bumi tetapi gagal memasuki orbit mengelilingi Zuhrah selepas 200 hari dilancarkan. Ia juga dikenali sebagai Planet-C Venus Climate Orbiter. Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (JAXA) memaklumkan bahawa ia terputus hubungan dengan pusat kawalan darat di Bumi.Kegagalan itu berpunca dari tarikan graviti matahari.[4]
Imej Zuhrah[sunting]
Rujukan[sunting]
|
|||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||