Trigliserida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Contoh trigliserida lemak tak tepu. Bahagian kiri: gliserol, bahagian kanan daripada atas ke bawah: asid palmitik, asid oleik, asid linolenik alfa. Rumus kimia: C55H98O6

Trigliserida (TG, triasilgliserol, TAG atau triasilgliserida) merupakan ester yang diperolehi daripada gliserol dan tiga asid lemak.[1] Sebagai lipid darah, ia membantu membolehkan pemindahan dwiarah lemak adipos dan glukosa darah daripada hati. Terdapat banyak jenis trigliserida bergantung kepada sumber minyak, dimana sebahagiannya mempunyai ketaktepuan yang tinggi manakala sebahagian yang lain pula adalah rendah.

Trigliserida juga adalah juzuk utama bagi minyak sayuran (biasanya lebih tak tepu) dan lemak haiwan (biasanya lebih tepu)[2] dan ia merupakan komponen utama untuk minyak pada kulit manusia.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Tatanama Lipid" (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya mengenai Tatanama Biokimia IUPAC-IUB (CBN). Diperolehi pada 8 Mac 2007. 
  2. Nelson, D. L.; Cox, M. M. "Lehninger, Principles of Biochemistry" Edisi ke-3 Worth Publishing: New York, 2000. ISBN 1-57259-153-6.
  3. Lampe, M.A.; A.L. Burlingame, J. Whitney, M.L. Williams, B.E. Brown, E. Roitman, and M. Elias (1983). "Human stratum corneum lipids: characterization and regional variations". J. Lipid Res. 24: 120–130.