Tumbuhan dwimusim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lili adalah salah satu tumbuhan dwimusim.

Tumbuhan dwimusim ialah tumbuhan yang mengambil masa dua tahun (iaitu, dua musim pertumbuhan) untuk melengkapkan kitar hidupnya.[1] Pada tahun pertama, ia tumbuh daun, batang, dan akar (struktur tampang). Kemudian ia masuk tempoh kedormanan pada musim sejuk. Selalunya batang kekal pendek dan daun dekat dengan tanah, membentuk roset. Banyak tumbuhan dwimusim memerlukan rawatan sejuk, atau pemvernalan sebelum ia berbunga. Pada tahun seterusnya, iaitu pada musim bunga atau musim panas, batang ia akan mula tumbuh dengan cepat untuk fasa pembiakan pula. Kemudian ia berbunga, menghasilkan buah dan benih dan akhirnya ia mati. Kebanyakkan tumbuhan dwimusim berasal dari kawasan beriklim sederhana.

Dari perspektif pekebun, status tumbuhan sebagai semusim, dwimusim, atau saka berbeza mengikut tempat dan tujuan. Tumbuhan dwimusim untuk tanaman bunga, buah, atau benih ditanam dalam tempoh kitaran ia hidup selama dua tahun. Manakala tumbuhan dwimusim untuk tanaman makanan seperti sayuran atau akar pula ditanam sebagai tanaman semusim (kurang dari setahun). Tumbuhan dwimusim tulen hanya berbunga sekali dalam hidupnya, berbeza dengan tumbuhan saka yang berbunga setiap tahun setelah matang.

Contoh tumbuhan dwimusim ialah pasli, lobak, bunga balung ayam dan lili. Ahli pembiak baka tumbuhan telah menghasilkan kultivar semusim dari tumbuhan dwimusim yang akan berbunga pada tahun pertaman dari biji benih seperti pokok sarung tangan musang dan pokok stok.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Definasi dwimusim. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.