Tun Abdul Majid Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Yang Arif Datuk Tun Abdul Majid Bin Dato' Haji Tun Hamzah, P.J.N., D.P.C.M., D.S.M.Z., D.S.A.P. merupakan Timbalan Peguam Cara Negara II (Sektor Litigasi). Beliau terkenal kerana mengetuai barisan pendakwaan Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dengan dibantu oleh Puan Noorin Badaruddin, Hanim Rashid dan Tuan Manoj Kurup. Beliau menggantikan Dato' Salehuddin Saidin kerana Dato' Salehuddin pernah bermain badminton dengan hakim bicara, Y.A Dato' Mohd. Zaki Md. Yasin dan mungkin menjejaskan kredibiliti kes tersebut.

Selain itu, Datuk Tun Abdul Majid juga turut terlibat dalam pendakwaan kes rasuah berprofil tinggi lain, seperti kes Tan Sri Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia Eng Hock. Sebelum itu, beliau pernah menjadi barisan pendakwaan kes pembunuhan isteri kedua Raja Di-Hilir Perak, Hasleeza Ishak oleh madunya Datin Seri Raja Noor Mahani Raja Shahar Shah pada 2002.[perlu rujukan]

Namun rekod pencapaian tertinggi Datuk Tun Abdul Majid diinagati kerana siri kejayaannya bagi pendakwaan kes bunuh wakil rakyat oleh Mona Fandey (2001), militan al-Ma'unah (2000), dan Dato' Seri Anwar Ibrahim (1998-1999).[perlu rujukan]

Darjah Kebesaran Diterima[sunting | sunting sumber]

  • Panglima Jasa Negara (P.J.N): Datuk
  • Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M): Dato'
  • Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (D.S.M.Z): Dato'
  • Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia (D.S.A.P): Dato'

Rujukan[sunting | sunting sumber]