Turpentin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Struktur kimia pinena, komponen utama turpentin

Turpentin (juga dipanggil turpentin minyak dan turpentin kayu[1]) ialah sejenis cecair yang diperoleh hasil penyulingan resin yang diperolehi daripada pokok hidup, terutamanya pain. Ia banyak digunakan sebagai pelarut dan sebagai sumber bagi bahan sintesis organik.

Turpentin terdiri daripada terpena, terutamanya alpha-pinena dan beta-pinena monoterpena dengan sedikit karena, kamfena, dipentena dan terpinolena.[2]

Perkataan turpentin berasal (melalui bahasa Perancis dan Latin) daripada perkataan Greek τερεβινθίνη terebinthine, nama spesies sebatang pokok, Pistacia terebinthus.[3] Turpentin mineral atau sulingan petroleum lain digunakan menggantikan turpentin, tetapi secara kimianya tidak sama.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Mayer, Ralph (1991). The Artist's Handbook of Materials and Techniques (edisi Fifth). New York: Viking. m/s. 404. ISBN 0-670-83701-6. 
  2. Kent m/s. 569
  3. Barnhart, R.K. (1995). The Barnhart Concise Dictionary of Etymology. New York: Harper Collins. ISBN 0-06-270084-7. 
  4. Dieter Stoye "Solvents" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, 2002, Wiley-VCH, Wienheim. DOI:10.1002/14356007.a24_437

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Kent, James A. Riegel's Handbook of Industrial Chemistry (Edisi Kelapan) Van Nostrand Reinhold Company (1983) ISBN 0-442-20164-8

Pautan luar[sunting | sunting sumber]