Twilight
| Twilight | |
|---|---|
| Pengarah | Catherine Hardwicke |
| Penerbit | Mark Morgan Greg Mooradian Wyck Godfrey |
| Pengarang | Novel: Stephenie Meyer Lakon layar: Melissa Rosenberg |
| Lakonan | Kristen Stewart Robert Pattinson |
| Muzik | Carter Burwell |
| Sinematografi | Elliot Davis |
| Penyuntingan | Nancy Richardson |
| Pengedar | Summit Entertainment (AS) Entertainment One Ltd. (UK)[1] |
| Mula ditayang | 21 November 2008 (USA, CAN, ITA, MEX) 27 November 2008 (MY) |
| Tempoh ditayang | 121 min.[2] |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Perbelanjaan | $37 juta |
| Pulangan kasar | $144 juta[3] |
Twilight ialah sebuah filem fantasi-romantik 2008 yang diarahkan oleh Catherine Hardwicke dan berdasarkan sebuah novel dengan nama yang sama oleh Stephenie Meyer. Filem ini dibintangi Kristen Stewart sebagai Bella Swan, seorang remaja perempuan, yang jatuh cinta kepada seekor puntianak yang bernama Edward Cullen, dilakonkan oleh Robert Pattinson.
Plot [sunting]
Bella Swan, seorang remaja perempuan berumur 17 tahun berpindah ke sebuah pekan kecil iaitu Forks, Washington, untuk tinggal bersama ayahnya, Charlie. Di sana, dia tertarik dengan seorang rakan sekelas misteri, Edward Cullen, yang terbongkar sebagai seekor puntianak berumur 108 tahun, tetapi dari segi fizikal berumur 17 tahun. Walaupun Edward tawar hati dengan percintaan itu pada mulanya, mereka akhirnya jatuh cinta dengan mendalam. Apabila kedatangan 3 puntianak nomad, James, Victoria, dan Laurent, membahayakan nyawa Bella, Edward dan keluarganya, Alice Cullen, Carlisle, Esme, Jasper, Emmett dan Rosalie Hale, membahayakan nyawa mereka untuk menyelamatkannya.[4]
Rujukan [sunting]
- ↑ Reuters (2008-06-25). Entertainment One Ltd. announces results for first full year of operations. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2008-10-28.
- ↑ bbfc. "TWILIGHT rated 12A by the BBFC", bbfc, 2008-11-21. Dicapai pada 2008-11-21.
- ↑ "Twilight (2008)". Box Office Mojo. 2008-11-21. http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=twilight08.htm. Capaian 2008-11-30.
- ↑ Tatiana Siegel. "Kristen Stewart to star in 'Twilight'", Variety, Reed Business Information, 2007-11-15. Dicapai pada 2008-02-18.
Pautan luar [sunting]
- Laman web rasmi
- Twilight di Twilight Saga Wiki
- Twilight di Pangkalan Data Filem Internet
- Twilight di Box Office Mojo
- Twilight di Metacritic
- Twilight di Rotten Tomatoes