Puntianak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alam Ghaib
Pontianak
Alam Alam Ghaib
Berbentuk fizikal Ya
Mampu berubah bentuk Tidak
Mampu menyerupai manusia Bentuk asal menyerupai manusia
Menghisap darah Ya
Dipelihara Tidak
Bermasyarakat Tidak
Gambaran
Sejenis makhluk halus penghisap darah

berbentuk wanita.


Puntianak, pontianak (Jawi: ڤونتيانق ) atau kuntilanak (Jawi: كونتيلانق ), ialah sejenis makhluk ghaib dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. [1]Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

Ejaan awalnya adalah pontianak, lihat gambar poster filem Anak Pontianak di atas, sebelum ditukarkan sebagai puntianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, Hikayat Abdullah. [2]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Umumnya, kuntilanak digambarkan sebagai wanita cantik berambut panjang, berbaju panjang warna putih dan keluar pada bulan purnama. Dalam cerita rakyat Melayu, sosok lembaga ini digambarkan dalam bentuk wanita cantik dengan punggung berlubang. Kuntilanak digambarkan senang meneror penduduk kampung untuk menuntut balas. Ia sewaktu muncul selalu diiringi harum bunga kemboja. Konon laki-laki yang tidak berhati-hati bisa dibunuh sesudah kuntilanak berubah wujud menjadi penghisap darah. Kuntilanak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh karena itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takut akan kuntilanak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.

Agak berbeda dengan gambaran menurut tradisi Melayu, kuntilanak menurut tradisi Sunda tidak memiliki lubang di punggung. Jenis yang memiliki lubang di punggung sebagaimana deskripsi di atas disebut sundel bolong. Kuntilanak konon juga menyukai pohon tertentu sebagai tempat "bersemayam", misalnya waru yang tumbuh condong ke samping (populer disebut "waru doyong").[3]

Kepercayaan penangkalan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan kepercayaan dan tradisi masyarakat Jawa, kuntilanak tidak akan mengganggu wanita hamil bila wanita tersebut selalu membawa paku, pisau, dan gunting bila bepergian ke mana saja. Hal ini menyebabkan seringnya ditemui kebiasaan meletakkan gunting, jarum, dan pisau di dekat tempat tidur bayi.

Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, benda tajam seperti paku bisa menangkal serangan kuntilanak - hal ini kerana puntianak ini dikatakan mempunyai lubang di belakang tengkuknya, maka sesiapa yang tersempak puntianak dalam jelmaan wanita, maka paku hendaklah ditancapkan di lubang belakang leher ini lalu menukarkan puntianak tersebut menjadi wanita manusia. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali menjadi puntianak.

Dalam kepercayaan masyarakat Indonesia lainnya, lokasi untuk menancapkan paku bisa bergeser ke bagian atas—bagian ubun-ubun—kuntilanak.

Pandangan mengikut kepercayaan agama setempat[sunting | sunting sumber]

Di dalam kepercayaan agama samawi (Islam, Nasrani, dan Yahudi), puntianak termasuk dari golongan jin kafir atau syaitan. Di dalam Islam, puntianak termasuk golongan jin dari jenis haffaf—jin yang suka mengganggu dan menakut-nakuti manusia—dan arwah—jin yang mengaku-ngaku sebagai orang yang telah tiada. Dan adapun cara menangkal menurut agama-agama samawi yaitu dengan cara berdoa terlebih dahulu sebelum berpergian. Selalu mengingat Sang Pencipta sesuai kepercayaan masing-masing. Contoh di dalam Islam yang selalu mengajarkan berdoa sebelum berpergian, selalu mengingat Allah. Puntianak akan lari jika mendengar suara azan dan puntianak yang menampakkan diri boleh dilukai kerana masuk ke alam manusia, maka berlakulah hukum manusia. Selalu beribadah dan mengikuti perintah Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Adapun cara menangkal jin dalam Islam seperti yang ada di dalam hadis dan Al-Quran.

". . . Pagi berikutnya Rasulullah SAW berkata, ’Apa yang dilakukan tawananmu semalam?’ Aku menjawab, ’Ia mengajariku beberapa kalimat dengan itu Allah akan memberi keuntungan padaku, sehingga aku biarkan dia pergi.’ Ketika Nabi SAW menanyakan kalimat apa itu, aku mengatakan kepadanya saw bahawa itu adalah Ayat Kursi untuk dibaca sebelum pergi tidur. Aku juga mengatakan pada dia bahawa orang itu berkata bahawa seorang penjaga dari Allah akan mendampingiku dan syaitan tidak akan mendekatiku sampai aku bangun di pagi hari.’

Nabi SAW berkata, ’Sesungguhnya ia berkata benar, meskipun ia seorang pembohong yang terpaksa. Wahai Abu Hurairah! Tahukah kamu dengan siapa engkau berbicara pada tiga malam lalu itu?’ Aku menjawab, ’Tidak.’ Dia SAW menjawab, ‘Itu adalah jin dari golongan setan.’” (HR. Bukhari)

”Jangan jadikan rumahmu seperti kuburan, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang selalu dibacakan didalamnya Surah Al-Baqarah.” (HR. Muslim)

Bayangan dalam media[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 1950-an beberapa filem hantu telah difilemkan di Singapura terutamanya oleh Cathay-Keris yang masih menarik untuk ditonton hari ini. Antara yang masyhur adalah Filem Pontianak, Filem Sumpah Pontianak (B.N Rao, 1957, 1958), Filem Anak Pontianak (Ramon A. Estella, 1958), dan Orang Minyak (L. Krishnan, 1958). Ia memberi kesan yang amat sangat sehingga dilaporkan ada penonton yang pengsan kerana menonton filem-filem tersebut. Filem-filem tersebut berasaskan dari lagenda Melayu amat menghiburkan masa kini sebagaimana ketika ia dikeluarkan, walaupun kini ia mungkin dianggap tidak lagi menakutkan dan amat melucukan berbanding keadaan sebenar ketika filem tersebut dihasilkan.

Drama Keluarga Pontimau lakonan Marsha Milan Londoh dan Keith Foo yang ditayangkan dalam slot Aksi TV3 pada tahun 2015 memaparkan keluarga campuran puntianak dan harimau jadian.

Terdapat banyak filem yang dihasilkan serata Nusantara yang mencerekakan kisah dan kepercayaan mengenai hantu ini:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]