Udang harimau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Udang harimau
Penaeus monodon
di Filipina, diternak.
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Arthropod
Subfilum: Krustacean
Kelas: Malacostraca
Order: Decapoda
Suborder: Dendrobranchiata
Famili: Penaeidae
Genus: Penaeus
Spesies: P. monodon
Nama binomial
Penaeus monodon
Fabricius, 1798
Sinonim
  • Penaeus carinatus Dana, 1852
  • Penaeus tahitensis Heller, 1862
  • Penaeus coeruleus Stebbing, 1905
  • Penaeus bubulus Kubo, 1949

source: [1]

Udang harimau ("Penaeus monodon") merupakan spesies udang, iaitu haiwan laut krustacean yang banyak diternak sebagai makanan. Taburan semulajadinya adalah di Indo-Barat-pasifik, dari persisiran timur Afrika, Semenanjung Arab, sehingga sejauh Asia Tenggara, dan Laut Jepun. Ia boleh didapati di timur Australia, dan sejumlah kecil menduduki Laut Mediterranean melalui Terusan Suez. Tambahan lagi populasi invesif telah menetap di Hawaii dan persisiran Laut Atlantik USA (Florida, Georgia dan South Carolina).

Kedua jantina mencapai sekitar 36 cm panjang, dan betina mampu mencecah berat sehingga 650 g, menjadikannya antara spesies udang terbesar di dunia.

Udang harimau daripada laman http://risikan.lkim.gov.my


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Species Fact Sheets: Penaeus monodon (Fabricius, 1798)". FAO Species Identification and Data Programme (SIDP). FAO. Diperoleh pada January 10, 2010.