Universiti Negara St. Petersburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bangunan utama Universiti Negara St. Petersburg

Universiti Negara St. Petersburg (Bahasa Rusia: Санкт-Петербургский государственный университет, Sankt-Peterburgskiy gosudarstvenny universitet) ialah sebuah institusi pendidikan tinggi milik kerajaan persekutuan Rusia yang terletak di Saint Petersburg dan salah satu universiti tertua, terbesar dan paling ternama di negara tersebut. Ia termasuk antara 10 universiti terbesar di dunia. Universiti ini kini ada 24 ribu pelajar, 3115 pensyarah dan 19 fakulti.

Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1724 dalam rangka Akademi Sains Rusia sesuai dengan titah Peter Agung. Pada tahun 1758-1765 ia dikepalai oleh Lomonosov yang pada tahun 1747 mula memberi kuliah ilmu fizik dalam bahasa Rusia. Pada akhir kurun ke-18 sampai 1819 universiti ini ditutup dan dibuka kembali pada 1819. Pada 1854 fakulti ketimuran ditubuhkan. Ramai saintis dan tokoh terkenal tamat Universiti itu, termasuk Lenin (1891), penulis Turgenev, penyair Blok, Gumilev, Mandelshtam, penggubah Glinka, Stravinsky, Glazunov, pelukis Vrubel, Rerikh, Benua, Bilibin, Polenov, tokoh teater Dyagilev. Di Universiti itu pernah bekerja beberapa Pemenang Hadiah Nobel - Pavlov (1904), Mechnikov (1908), Semenov (1956), Landau (1962), Prokhorov (1964), Kantorovich (1975).