Vladimir I. Lenin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Vladimir I. Lenin
frames
Jawatan Pengerusi Majlis Komisar Rakyat
Tempoh perkhidmatan 19171924
Menurut Aleksandr Kerensky
Menggantikan Alexey Ivanovich Rykov
Parti politik Parti Komunis Soviet
Tarikh lahir 22 April 1870
Tempat lahir Simbirsk, Rusia
Tarikh kematian 21 Januari 1924
Tempat kematian Moscow, Russia
Pekerjaan Ahli politik


Vladimir Ilyich Ulyanov(18701924), atau lebih dikenali sebagai Lenin telah dilahirkan di Simbirsk (kini dipanggil Ulyanovsk untuk menghargai jasanya). Beliau merupakan seorang pemberontak Rusia, pemerintah pertama Kesatuan Soviet, bapa Bolshevisme dan tokoh utama disebalik Revolusi Oktober, 1917.

[sunting] Sejarah

Bapanya seorang guru sekolah kerajaan. Lenin telah terlibat dalam pemberontakan sejak muda lagi iaitu apabila abangnya, Aleksandr, dikenakan hukuman mati pada 1887 kerana terbabit dalam rancangan membunuh Tzar Alexander III.

Sewaktu muda,beliau mempelajari bidang undang-undang di University of Kazan, tetapi telah dibuang dari universiti kerana penglibatannya dalam gerakan revolusi. Walaupun begitu, beliau telah belajar dengan sendiri dan menceburi bidang undang-undang sebagai seorang peguam. Namun kerjayanya telah berakhir dalam waktu yang singkat kerana minatnya yang mendalam dengan ajaran Karl Marx. Beliau kerap menyebarkan propaganda Karl Marx kepada para pekerja terutamanya di St. Petersburg. Akibatnya, beliau telah dibuang negeri ke Siberia pada 1895 dan ia berakhir pada 1900. Selepas itu beliau telah meninggalkan Rusia untuk meneruskan gerakan revolusinya diluar negara.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain