30 Disember
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Disember 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
| MMXIII | ||||||
30 Disember merupakan hari ke-364 (hari ke-365 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 1 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Jose Rizal (gambar) di Filipina (1896).
Peristiwa[sunting]
- 1853 - Amerika Syarikat membeli kira-kira 29,600 batu² (77,000 km2) tanah yang terletak di selatan Sungai Gila dan barat Rio Grande daripada Mexico pada harga AS$10 juta.
- 1880 - Paul Kruger menjadi Presiden Republik Transvaal.
- 1896 - Revolusi Filipina: Pejuang kebangsaan José Rizal dihukum tembak mati di Manila selepas Sepanyol mensabitkan memberontak, menghasut dan berkomplot.
- 1903 - Kebakaran Teater Iroquois mengorbankan 602 nyawa di Chicago dalam kebakaran bangunan tunggal paling teruk di Amerika Syarikat.
- 1927 - Laluan Ginza, landasan bawah tanah yang tertua di Timur Jauh, dibuka di Tokyo, Jepun.
- 1947 - Raja Mihai I dipaksa turun takhta apabila Kerajaan Romania menjadi Romania Komunis, dan kemudian dibuang negeri.
- 1965 - Ferdinand Marcos menjadi Presiden Filipina.
- 2006 - Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein digantung selepas didapati bersalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan oleh Tribunal Khas Iraq.
- 2011 - Samoa dan Tokelau bertukar ke bahagian barat Garisan Tarikh Antarabangsa, melangkaui terus 30 Disember.
Kelahiran[sunting]
Kematian[sunting]
- 2006 - Saddam Hussein, Presiden Iraq ke-5
- 2009 - Abdurrahman Wahid, Presiden Indonesia ke-4
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||