Wikipedia:Jangan menciplak rencana Wikipedia Bahasa Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari WP:ID)
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan pintas:
WP:ID

Menciplak bermaksud menyalin sesuatu karya ataupun karangan secara bulat-bulat. Perbuatan ini lebih dikenali sebagai copy and paste. Akibat daripada amalan ini, satu karya yang serupa keseluruhannya akan muncul dalam dua tempat yang berbeza.

Amalan menyalin rencana ciplak dari Wikipedia Bahasa Indonesia (WBI) akan mencacatkan Wikipedia Bahasa Melayu kerana ia akan menyebabkan Wikipedia bahasa Melayu menjadi klon kepada Wikipedia Indonesia, jika; sikap ini diteruskan dalam jangka masa yang lama.

Kewujudan dua ensiklopedia yang homogen di internet tidak akan memberi apa-apa manfaat tambahan kepada pembaca. Ia merupakan satu pembaziran ruang internet. Sebaliknya, kewujudan dua ensiklopedia yang membawa isi yang berbeza sudah tentu akan memberi lebih manfaat kepada pembaca, khususnya apabila kita sedang menghadapi kekurangan bahan rujukan dalam bahasa Nusantara di internet.

[sunting] Tanda kemaskini bahasa

Jika anda menemui bahasa Indonesia dalam mana-mana rencana, anda boleh bertindak meletakkan tanda kemaskini dalam bahasa Melayu sebagaimana dibawah untuk pengkemaskinian oleh mana-mana penutur Melayu yang fasih berbahsa Melayu.

Untuk meletakkan teg, taip {{BM}}

[sunting] Nota

Garis panduan ini berkuatkuasa keatas semua rencana yang diciplak atau ditulis dalam bahasa Indonesia sahaja dan tidak boleh digunakan untuk penguatkuasaan keatas rencana bahasa asing lain.

Alatan peribadi

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan