Waktu Dekri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Waktu Dekri (bahasa Rusia:Декретное время) merujuk kepada sistem waktu yang diperkenal untuk KRSS semasa di bawah satu dekri Kerajaan Kesatuan Soviet yang diperkenalkan pada 16 Jun 1930. Dengan dekri yang diperkenalkan ini, ke semua tempoh masa dalam Kesatuan Soviet, diubah secara tetap kepada satu jam lebih awal dari waktu piawai bagi setiap zon waktu.

Ia bebas dari waktu musim panas yang diperkenalkan kemudian di KRSS dalam tahun 1981. Dengan waktu yang diubah, waktu musim panas telah menjadi dua jam lebih awal dari waktu piawai untuk setiap zon waktu.

Dari tahun 1982 hingga 1986, waktu dekri telah dimansuhkan secara beransur-ansur oleh kerajaan KSSR bagi 30 wilayah dan republik autonomi di Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (bahasa Inggeris:Russian SFSR). Dalam tahun 1990, ia dihapuskan terus di Ukraine, Moldavia, Georgia dan Azerbaijan, diikuti dengan seluruh kawasan wilayah Kesatuan Soviet dalam Mac 1991 (8 bulan sebelum pembubaran).

Pada 23 Oktober 1991, Majlis Tertinggi Soviet bagi Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia, telah menggariskan untuk menggunakan semula waktu dekri di Rusia. Ia diguna semula pada 19 Januari 1992, kecuali pada subjek persekutuan berikut:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]