Wamana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Vamana sebagai Trivikrama

Dalam agama Hindu, Wamana (Devanagari: वामन, IAST: Vāmana) adalah avatar Vishnu yang kelima, turun pada masa Treta Yuga, sebagai putera Aditi, seorang Brahmana. Diaturun ke dunia untuk menegakkan kebenaran dan memberi pelajaran kepada raja Bali (Mahabali), seorang Asura, cucu dari Prahlada. Raja Bali telah merebut syurga dari kekuasaan Dewa Indra, kerana itu Vishnu turun tangan dan menjelma ke dunia, memberi hukuman pada Raja Bali. Avatar Wamana dilukiskan sebagai Brahmana dengan raga anak kecil yang membawa payung. Avatar Wamana merupakan penjelmaan pertama Dewa Vishnu yang mengambil bentuk manusia lengkap, meskipun berwujud Brahmana mungil. Wamana kadang-kadang dikenal juga dengan sebutan Upendra.