Wangsa Sanjaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Candi Prambanan, salah satu peninggalan Wangsa Sanjaya.

Wangsa Sanjaya adalah sebuah wangsa Jawa Hindu, yang dikenali sebagai pendiri Kerajaan Mataram Kuno. Wangsa ini bermula pada tahun 732 oleh Raja Sanjaya. Tak banyak yang diketahui pada zaman awal dinasti. Wangsa Sailendra cukup dominan ketika itu.

Rakai Pikatan, yang waktu itu menjadi pangeran Dinasti Sanjaya, menikah dengan Pramodhawardhani (833-856), seorang puteri raja Dinasti Sailendara Samaratungga. Sejak itu pengaruh Sanjaya yang bercorak Hindu mulai dominan di Mataram, menggantikan Agama Buddha. Rakai Pikatan bahkan menggulingkan Raja Balaputradewa, dan pada tahun 850, Wangsa Sanjaya kembali menjadi satu-satunya pemerintah Mataram.

Pada tahun 850, raja Pikatan dan kemudian Balitung mendirikan Candi Prambanan. Prambanan merupakan kompleks candi Hindu terbesar di Asia Tenggara. Pada masa ini, karya sastra Ramayana terjemahkan didalam Bahasa Jawa Kuno. Pada tahun 928, Mpu Sindok memindahkan istana Kerajaan Mataram dari Jawa Tengah ke Jawa Timur (Medang). Alasan perpindahan ini diduga akibat letusan Gunung Merapi, atau mendapat serangan dari Srivijaya. Maka berakhirlah era Dinasti Sanjaya, dan Mpu Sindok yang diperkirakan adalah keturunan atau menantu keturunan dari Dinasti Sanjaya, mendirikan dinasti baru yaitu Dinasti Isyana yang memerintah di Jawa Timur.

Daftar raja-raja Sanjaya
Raja Tahun pemerintahan
Sanna
Sanjaya 732-760
Rakai Panangkaran 760-780
Rakai Panunggalan 780-800
Rakai Warak 800-819
Rakai Garung 819-838
Rakai Pikatan 838-856
Rakai Kayuwangi 856-886
Rakai Watuhumalang 886-898
Dyah Balitung 898-910
Daksa 910-919
Tulodong 919-924
Dyah Wawa 924-928
Mpu Sindok 928-929

Lihat juga[sunting | sunting sumber]