War Merit Cross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
War Merit Cross (Kelas Ke-2, tanpa pedang)
Bar reben War Merit Cross
Pingat dan Reben War Merit Cross

War Merit Cross (Jerman: Kriegsverdienstkreuz|Bahasa Melayu: Salib Kepujian Perang) ialah sejenis pingat kebesaran negara Jerman Nazi semasa Perang Dunia II, yang boleh dikurniakan kepada anggota tentera dan orang awam. Pada pengakhiran perang ia telah dikeluarkan dalam empat darjah; dan mempunyai pingat berkaitan awam. Ia telah dikeluarkan semula pada tahun 1957 oleh Bundeswehr dalam versi Denazifikasi untuk para veteran.

Darjah, kriteria anugerah dan reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Anugerah ini telah dizahirkan oleh Adolf Hitler pada tahun 1939 sebagai pengganti kepada Iron Cross bukan kombatan yang telah digunakan dalam peperangan lebih awal (medal serupa tapi dengan reben yang berlainan). Anugerah ini telah digredkan sama seperti Iron Cross: War Merit Cross Kelas Kedua, War Merit Cross Kelas Pertama, dan Knight Cross of the War Merit Cross. Anugerah ini mempunyai dua varian: berserta pedang dikurniakan kepada askar-askar kerana khidmat luar biasa dalam pertempuran lebih daripada jangkaan atau yang diharapkan dari panggilan tugas (tetapi tidak layak pingat Iron Cross yang merupakan anugerah lebih berani), dan tanpa pedang untuk khidmat terpuji di belakang garisan yang juga boleh dikurniakan kepada orang awam. Penerima mesti mempunyai gred anugerah yang lebih rendah sebelum mendapat tahap seterusnya.

Knight Cross of the War Merit Cross berserta Pedang

Reben War Merit Cross ialah berwarna merah-putih-hitam-putih-merah; iaitu, warna merah dan hitam yang bertukar dari reben versi Iron Cross Perang Dunia II. Reben bagi War Merit Medal adalah serupa, tetapi dengan jalur halus menegak warna merah di tengah jalur lebih lebar berwarna hitam. Askar yang menerima War Merit Cross Kelas Ke-2 berserta Pedang memakai satu semat pedang bersilang atas reben. War Merit Cross Kelas 1 adalah sejenis pingat pin-belakang yang dipakai pada poket tunik (seperti Iron Cross Kelas 1). Reben War Merit Cross Kelas 2 boleh dipakai seperti reben Iron Cross Kelas 2 (melalui lubang butang kedua).

Pingat Knight Cross of the War Merit Cross adalah sejenis darjah kalung dan dipakai dengan cara yang sama seperti Knight Cross of the Iron Cross.

War Merit Medal[sunting | sunting sumber]

War Merit Medal

Berkait rapat dengan War Merit Cross ialah War Merit Medal (Jerman: Kriegsverdienstmedaille), diwujudkan pada tahun 1940 untuk orang awam bagi mengimbangi bilangan besar kelas ke-2 tanpa pedang yang dikurniakan. Ia biasanya diberikan kepada pekerja-pekerja kilang yang nyata sekali melebihi kuota bekerja. War Merit Medal juga boleh dikurniakan kepada wanita.

Penerima-penerima terkenal War Merit Cross[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fleming, Alexander (1987). Hitler and the Final Solution. University of California Berkeley. m/s. 99–100. ISBN 0-520-05103-3.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Angolia, John R. (1976). For Führer And Fatherland: Military Awards of the Third Reich (ed. 1st). James Bender Publishing. ISBN 0-912138-14-9.
  • Fowler, E. W. W. (1993). Nazi Regalia. Brompton Books Corp. ISBN 1-55521-767-2.
  • Lumsden, Robin (2001). Medals and Decorations of Hitler's Germany. Airlife Publishing. ISBN 1-84037-178-1.
  • Williamson, Gordon; Charita, Josef (2008). War Merit Cross. James Bender Publishing. ISBN 1-932970-06-1.