Wasil ibn Ata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wasil ibn Ata (700748) (Bahasa Arab: واصل بن عطاء‎) adalah ahli teologi muslim dan pelapor aliran Muktazilah.

Dilahirkan pada tahun 700 Masehi di Madinah, beliau pada mulanya belajar di bawah Abu Hashim Abd Allah b. Muhammad ibn al-Hanafiyyah, anak kepada khalifah keempat Saidina Ali ibn Abi Talib. Beliau kemudian berhijrah ke Basrah di Iraq untuk belajar dengan Hasan al-Basri (seorang Tabi‘in). Di Basrah beliau mengembangkan aliran yang membawa kepada mazhab Muktazilah. Sumbangan utama beliau adalah menanam asas pokok kepada doktrin Muktazilah.

Wasil ibn Ata meninggal dunia pada tahun 748 di Tanah Arab.

Beliau berkahwin dengan salah seorang adik-beradik perempuan Amr ibn Ubayd[1].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Al-Melal wan-Nahal (الملل والنحل) - Ja'far as-Sabhani (Arabic)


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Wasil ibn Ata Sebuah artikel dari Encyclopedia Britannica online.