Hasan al-Basri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tulisan Hasan al-Basri

Hasan al-Basri (642 - 728 atau 737); bahasa Arab:الحسن بن أبي الحسن البصري‎ ; Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-l-Hasan Yasar al-Basri) ialah ahli teologi Arab terkenal dan Cendekiawan Muslim.

Hasan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Beliau pernah menyusu dengan Ummu Salamah, isteri Rasulullah S.A.W. Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradapan Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Bapa beliau bernama Pirouz (Persian: پيروز, kemudiannya dikenali Abol Hasan, atau bapa kepada Hasan), adalah tuan tanah Parsi (دهگان) di sebuah kampung Khuzestan dan menjadi hamba semasa kempen ketenteraan di zaman Khalifah Umar. Pirouz kemudiannya dibawa balik ke Madinah sebagai seorang mawali. Dalam kekacauan perang, Pirouz bersama dengan seorang perawan dari kampungnya, diberikan kepada Ummu Salama. Ummu Salama menghadiahkan mereka berdua kepada saudara terdekat beliau dan kedua-duanya berkahwin dengan tuan mereka dan dibebaskan [1]. Dikatakan Ummu Salama selalu menyusukan Hasan. Hasan kemudiannya dipanggil Tabi'in (generasi selepas sahabat).
Hasan menjadi guru di Basrah, (Iraq) dan menubuhkan madrasah di sana. Antara pengikutnya yang terkenal adalah Amr ibn Ubayd dan Wasil ibn Ata, pengasas mazhab Muktazilah.

Hasan adalah penyokong kuat nilai tradisional (orthodox) dan cara hidup zuhud. Menurut beliau takut adalah asas kepada moral dan kesedihan adalah ciri agama; kehidupan hanyalah perjalanan untuk ke akhirat, dan kesenangan hendaklah dinafikan untuk menewaskan nafsu. Hasan al-Basri juga dipandang tinggi oleh ahli sufi kerana sikap zuhudnya[2]. Walau bagaimanapun, beliau bukanlah seorang sufi.[3]

Hasan dikenali sebagai seorang yang suci jiwanya menyamai para sahabat. Dalam politik, beliau menentang sistem pewarisan khalifah dalam dinasti Umayyah tetapi percaya kepada pemilihan khalifah. Walau pun mempunyai pandangan kritis mengenai pemerintahan Umayyah, beliau tidak menyokong pemberontakan terhadap pemerintahan tidak adil khalifah Umayyah. Khutbah beliau mengandungi antara contoh terbaik dan terawal sastera Arab[4].

Beliau berkahwin dengan seorang wanita dari Ahli Kitab[5].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Riwayat hidup Hasan al-Basri diberikan dalam Kamus Biografi Imam Nawawi (ed. F. Wüstenfeld, Göttingen, 1842-1847).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Ahmad ibn Yahya al-Baladhuri, Kitab_Futuh_al-Buldan, ms.335.
  2. Hasan of Basra, from Muslim Saints and Mystics, trans, A.J. Arberry, London:Routledge & Kegan Paul, 1983
  3. at-Tasawwuf and al-Fuqaraa': Ibn Taimiyyah on Sufism and the Paupers, Majmoo’ al-Fataawaa by Ibn Taymiyyah
  4. John Esposito, The Oxford Dictionary of Islam, 2003
  5. Abu Bakr Jasas dalam Tafseer Ahkaam al Qur'an Volume 1 ms 333, edisi Beirut [1]